Salam sejahtera. Kali ni kita cerita pasal pengantin very last minutes.. Sebenarnya admin tak nak pickup any event minggu ni. Bukan ape, macam macam hal jadi. Kereta baru lepas eksiden. Ada pengantin poyo sebelum ni beria nak pelamin berquotation bagai, pastu sesuka hati nak cancel siap minta deposit secoet tu, padahal kami dah prepare beli barang, dengan opis admin sibuk nak berpindah randah macam nomad, admin jadi general worker nak angkat barang opis, dinner dan macam-macam cerita. Tapi kalau dah Allah kata, kalau kita terainaya, Allah balas dengan cerita lebih manis. Rezeki datang bergolek. Tiba-tiba pagi Khamis Cik Liza call. Katanya nak pelamin. Siap pelamin paling mahal dalam range PMBSA. Alhamdulillah. Pelanggan ni kakak ipar pada pengantin. Very simple urusannya. Admin cerita harga. Cerita decoration. Cerita cara bayar. Dah.. Ciap. Terus buat payment. Tak banyak songeh. Khamis, hari yang sama, kami pun pasang. Alhamdulillah. Senang je berurusan dengan family Cik Janatul. Jom tengok hasilnya. Admin rasa ni pelamin paling admin suka sepanjang buat pelamin. Rasa jatuh cinta sekali lagi. Heheh
jom layan gambar. tq cik Liza.
Friday, November 28, 2014
Pelamin Last Minute: Cik Janatul
Monday, November 24, 2014
Pelamin Putih Peach
Salam sejahtera,
Lepas pasang buaian endoi, kami bergegas pasang pelamin sanding di Flat Sri Sabah KL. Hehe.. tapi bukan pasang kat rumah. Kami pasang di Dewan Umno. Kiranya kat bawah rumah pengantin la.. Kalau la kena pasang kat umah bertingkat, rasanya slim melim admin dan team.. Bukan ape, pelamin ni byk barang. Memang la kami tak amik job kalau pasang pelamin dalam umah tingkat2 flat atau apartment. Kalau betul2 minat, kami ada caj susah payah- RM20/tingkat. Heheh... kami tak main2... Ini serius. Walaupun flat atau aparttment tu ada lif.. Kami terpaksa gak... heheh
Ok, nama pengantin ni Izzah. Jom layan photo. Keluarganya baik2 belaka. Puas dijamu air nescafe sedap.. ada kuih karipap pusing.. yummy... memang terangkat... huhu
Pelamin Endoi : Baby Mia
Salam sejahtera. Kali ni kami dapat buat buaian endoi Baby Mia di Flat Sri Selangor. Memang agak mencabar tugasan kali ni. Bukan apa, cabaran nak dapatkan parking dan terpaksa naik ke tingkat 11 dengan barang buaian besi padu.. huishh memang tercabar. Tapi lepas tengok muka baby Mia, terasa lepas lelah. Sejuk hati. Tema kali ni pink + purple. Jom layan gambar...
Tuesday, November 4, 2014
Pengantin Cantik Putih Melepak: Pelamin Tunang Fiza
Masa pasang ni Cik Fyza ni keluar pegi beli barang dengan kawan dia. Oh, rupanya Cik Fyza ni berkawan baik dengan anak murid admin kat kolej. Ermm.. kecik je dunia kan?.. Tapi disebabkan malam agak lewat, kami tak sempat sembang panjang. Apapun memang best dengan family ni. Meriah. Sepupu semua ada. Best dapat family besar ni.
Jom tengok gambar. Paling best, kami tak sangka effect Cik Fyza dalam photo memang lain. Fotogenik. Cantik. Lawa. Heheh. Padan dengan orang yang sopan santun dan berbudi bahasa. Calon menantu pilihan la. Tak macam anak2 dara yang admin pernah jumpa (certain bukan Bride2Be pun- sekadar bakal adik ipar pengaantin atau sepupu sepapat jer... tengah bercakap2 ngan admin yg sedang memasang pelamin, yg anak2 dara ni duduk kat atas sofa terkangkang bagai.. aduh... taula tu rumah anda, tapi suami admin ni lelaki... dia pun tak berkenan bila ada customer's family duduk tak senonoh. terkangkang sambil makan lolipop. adui.. ape jenis pompuan la ni... malu admin tengok... huhu (ini kisah benar yang admin dan team lalui- sedih bila tengok attitude anak2 dara sekarang) malu la wei... hehe
![]() |
| pengantin bernama Fiza |




