Pages

Showing posts with label pakej pelamin. Show all posts
Showing posts with label pakej pelamin. Show all posts

Friday, February 13, 2015

Pelamin 20 feet Ekslusif : Cikgu Umi Cantik

Salam sejahtera. Fuh.. lenguh badan tak abis lagi ni. Hehe.. tak de la.. saja wat gempak je. Kali ni dapat job pelamin rumah special request 20 feet. ala2 besar pelamin dewan dah. Tapi puas hati sebab rumah pengantin ni lapang. Sesuai sangat. Nama pengantin kali ni Cik Umi. Cantik orangnya. Anak bongsu. Abang dan kakak memang sporting. Mak dia pun. Tak kecoh2 pun. Rilex je. Masa kami baru sampai, mak oi... khemahnya banyak. Memang besaran majlis ni.
Masa mula sampai paling eksited ialah anak2 buah Cik Umi. Memang riuh jadinya. Maklumla, mak su nak kawen. Baru je pasang lampu, masing2 kata fuyooo... hebatnya.... heheh... kelakar betul anak buah Cik Umi tu. Biasala, bila kenduri kendara tu, sebenarnya anak2 kecil yang paling happy. Boleh jumpa saudara mara, jadi flower girl dan boy... jadi pengantin kecik... heheh

Keluarga ramah sangat. Senang hati kami. Lapang dada nak bagi servis terbaik.

Jom layan gambar malam tadi. Selamat pengantin baru Cik Umi...


Monday, November 24, 2014

Pelamin Putih Peach

Salam sejahtera,
Lepas pasang buaian endoi, kami bergegas pasang pelamin sanding di Flat Sri Sabah KL. Hehe.. tapi bukan pasang kat rumah. Kami pasang di Dewan Umno. Kiranya kat bawah rumah pengantin la.. Kalau la kena pasang kat umah bertingkat, rasanya slim melim admin dan team.. Bukan ape, pelamin ni byk barang. Memang la kami tak amik job kalau pasang pelamin dalam umah tingkat2 flat atau apartment. Kalau betul2 minat, kami ada caj susah payah- RM20/tingkat. Heheh... kami tak main2... Ini serius. Walaupun flat atau aparttment tu ada lif.. Kami terpaksa gak... heheh

Ok, nama pengantin ni Izzah. Jom layan photo. Keluarganya baik2 belaka. Puas dijamu air nescafe sedap.. ada kuih karipap pusing.. yummy... memang terangkat... huhu

Monday, September 22, 2014

Collabrate Dengan Bridal atau MUA?

Salam sejahtera. Sebelum catatan ini dikembangkan, kami ingin beritahu, bahawa, kami sekadar pemasang pelamin sahaja. Belum mencapai tahap bridal lagi. Kami masih beroperasi sepenuhnya dari rumah. Belum ada butik lagi. Bukan tak de keinginan. Tapi bila ditambah tolak cerita pasal bajet, kami rasa kurang perlu kalau sekadar ada butik, tapi konsep sebenar kami dah lari dari tujuan asal. Kami sekadar nak membantu para pengantin dapatkan pelamin yang ringkas dengan harga logik akal. Kalau menyewa kedai atau premis, terpaksa ditambah dalam harga pelamin. Maka, harganya menjadi berbeza. Bukan sekadar sewa, kos pekerja, kos utiliti akan meningkat? Belum kira GST lagi ke atas barangan asas seperti petrol sebagainya. Bagi golongan atas, tak terasa beban. Tapi kalau sekadar golongan macam saya, memang besar bezanya. Harap faham.

Baru-baru ini ada juga bridal yang ada nama ingin bekerjasama dengan kami. Bukan tak suka, tapi niat sebenar kami disalahanggap. Dikata tak pandai merebut peluang. Dikata tidak berdaya saing. Dikata baru setahun jagung agak meninggi diri. Memang kami tidak menerima job2 "atas angin". Sebab? Fokus kami nak beri kadar "TERBAJET" direct pada pengantin. Kami nak jadikan para pelanggan terus macam kawan sampai bila2. Kalau nak berkawan kena kenal secara direct. Kalau guna orang tengah, macamana kami nak offer best price? Macamana nak bagi harga member2?
Satu lagi, kami berat hati nk collabrate dengan golongan yang just nak ambil untung "atas angin" sebab kami sekadar pemasang pelamin part time sahaja. Kami bukanlah sepenuh masa kerana kerjaya hakiki kami menuntut 9 jam sehari, 5 hari seminggu, tanpa kompromi. Kalau pelanggan yang kami deal tanpa orang tengah, pasti memahami kerana kami telah beritahu awal semenjak booking confirmation. Lagipun booking confirmation kami hanya RM30/event. Setakat ini pelanggan kami baik2 belaka. Amat memahami kedudukan kami. Alhamdulillah.

Ok. Kami menulis bukan sebab nama. Sekadar mahu memberitahu apa yang mampu kami lakukan. Luar kemampuan kami, awal2 kami mohon ampun dan maaf.

Sekadar luahan rasa
PMBSA Team
23.09.14

Sunday, October 6, 2013

PELAMIN MINI : PINK + PUTIH (CIK DHIA- GOMBAK)

Pelamin Mini Bajet- Shah Alam

Cik Dhia- Gombak, Selangor
28/9/2013

Cik Dhia, pelanggan istimewa kami yang mempunyai keluarga besar yang happening dan ceria. Cik Dhia memilih tema PINK dan Putih untuk majlis pertunangannya. Jom layan gambar-gambar pelamin kami...


 
Pelamin Mini tanpa stage



Chandellier dan pelamin pink

Anda minat?

Boleh call/sms/whatapps jer.. apapun boleh dibincang... Pakej serendah dari RM500 (Lembah Klang)... Jom booking date sebelum kami penuh..

Like dan explore page Pelamin Mini Bajet- Shah Alam di Facebook kami....


017-301 6290 (Husdha)

Thursday, July 25, 2013

LAMPU CHANDELIER KLASIK UNTUK DIJUAL SELF PICK UP

Click to view the next image.
LAMPU CHANDELIER KLASIK


Sebuah RM280
Sepasang RM 500
Percuma: bulb 6/12 biji
Warna - hitam atau putih

Tempahan awal diperlukan.

Seandainya anda berminat, boleh SMS, WeChat/WhatsApps/Call - 017 3016290 (Husdha)