Pages

Showing posts with label Pelamin 2015. Show all posts
Showing posts with label Pelamin 2015. Show all posts

Thursday, February 19, 2015

Pelamin Tunang Putih Suci: Atiqah

Salam sejahtera, kali ni kami dapat job dekat je. Kat Alam Budiman. Of coz tak de transportation charges. Dekat sangat. 2km kot dari rumah kami.
Atiqah namanya. Mula2 kami sesat gak. Maklumla, tak pernah masuk area rumah design batu bata tu. Rupanya dekat je. Kami je suka pusing2 taman. hehe
Satu family ramah. Siap hidang limau lagik. Ayah pengantin cool je. Ibu pengantin pun sempoi. Tetiba tengah pasang pelamin, kami dapat new order. Makcik pengantin mintak pasangkan pelamin endoi untuk cucu dia. Hahah... macam main masak2 je. Kiranya set date dan design macam gitu je. Konsep kami mudah. Anda minat.Set bajet. Set tarikh. Bagi ukuran. Bagi alamat. Kami pasang. Payment lepas pasang. Majlis berjalan. Majlis selesai. Barang ok. Kami buka. Done. Mudah tak?. Hehe... bukan apa. Kerja hakiki admin ialah wajib looked for detail performance students. So kadang2 admin kami nak rasa freelance dan easygoing concept. Penat men'detail' dan documentation. Segala stress dan tension kami legakan melalui men'dekorasi pelamin. So relief rasanya...

okey uolls. Layan photo yuk! luvly orchid theme. White. Pure. Happy. Selamat bertunang Atiqah.




Friday, February 13, 2015

Pelamin 20 feet Ekslusif : Cikgu Umi Cantik

Salam sejahtera. Fuh.. lenguh badan tak abis lagi ni. Hehe.. tak de la.. saja wat gempak je. Kali ni dapat job pelamin rumah special request 20 feet. ala2 besar pelamin dewan dah. Tapi puas hati sebab rumah pengantin ni lapang. Sesuai sangat. Nama pengantin kali ni Cik Umi. Cantik orangnya. Anak bongsu. Abang dan kakak memang sporting. Mak dia pun. Tak kecoh2 pun. Rilex je. Masa kami baru sampai, mak oi... khemahnya banyak. Memang besaran majlis ni.
Masa mula sampai paling eksited ialah anak2 buah Cik Umi. Memang riuh jadinya. Maklumla, mak su nak kawen. Baru je pasang lampu, masing2 kata fuyooo... hebatnya.... heheh... kelakar betul anak buah Cik Umi tu. Biasala, bila kenduri kendara tu, sebenarnya anak2 kecil yang paling happy. Boleh jumpa saudara mara, jadi flower girl dan boy... jadi pengantin kecik... heheh

Keluarga ramah sangat. Senang hati kami. Lapang dada nak bagi servis terbaik.

Jom layan gambar malam tadi. Selamat pengantin baru Cik Umi...


Monday, December 29, 2014

Pelamin Mizi

Kali ni sedara admin mintak buatkan pelamin. Jauh.. Heheh Melaka je. Pelamin sambut menantu. Tapi disebabkan sedara yang tak kedekut nak perah tenaga kami, kami pun tak kedekut nak bagi pelamin the bombastic.. Kiranya all out la.. Heheh
Mizi ni sempoi je. Tapi memula dia kata nak pakai kot dan gown. Last minute tukar la pulak. Akhirnya dia pakai baju pahlawan melayu moden. Nasib baik kena temanya. Risau gak dibuatnya. Hehe
Jom layan gambar. Ni dewan kat Balai Cerap Al- Khawarizmi, Tanjung Bidara. Ni last kot kami buat luar lembah Klang. Next time akan di pertimbangkan. Sesuai payment dan other condition, kita layan. Banyak songeh dan kedekut nak kuar blanja, harap ampun dan maaf. Tulang kita empat kerat je. Kalau mampu kita buat. Kalau tak, kita suggest nama pembuat pelamin lain je. Heheh

Ni photo dia. Jom layanzzz



Minat? Tak banyak songeh? Senang nak kautim? Tak poyo? Boleh wasap kita ye. 014-6633466 .Kami sudi layan bakal pengantin yang simple je. Sesimple pelamin kami.. 
(Agak emosi sebab terserve customer poyos tadi.. Heheh.. Ampun...)
 Peace!!!


Monday, November 3, 2014

Pelamin Menyambut Menantu: Aril (Sg Udang Klang)

Salam sejahtera,
Kali ni dapat pelamin menyambut menantu kat Klang. Design agak familiar Nak buat macamana, pengantin dah suka.. Kami buat je.. Heehheheh
Jom layan gambar.





Minat? Whatsapps kita. 014-6633466;). 



Wednesday, October 22, 2014

Pelamin Orkid : Reza & Cuin

salam sejahtera.. minggu lepas admin cuti2 Malaysia. Balik kampung. Maklumla, ini la peluang admin nak melonggarkan bahu dan lutut.. Tidur sepuasnya sebab cuti dari pasang pelamin. Minggu ni baru buat comeback. Dengan idea dan design baru. Kali ni job pelamin di Cheras. Kawan satu office. Kita panggil dia Cuin. Dah tempah awal2, so senang kami nak arrange. Cuin pakai baju sanding warna hijau zamrud. Dia tanya pada kami warna yang sesuai. Kebetulan kami nak buat design baru. So kami pun suggest warna putih dan krim. Sesuai dengan baju sanding warna hijau zamrud.

Kami mula pasang awal pagi. Bukan apa, risau tak sempat nak pasang hari Khamis, sebab kami bertiga kerja waktu siang. Masa dah habis pasang pelamin, rasa kelakar pulak bila si meow tuan rumah me'round' seolah nak checking pelamin yang bakal Cik Tuan dia duduk. Heheh

Ok, jom layan gambar. Siapa minat boleh whatsapps kami 014-6633466 ye.

Saturday, October 11, 2014

Pelamin Tunang Pengantin Sempoi: Fazira

Salam sejahtera. dah 3 minggu cuti buat pelamin, terasa la jugak tulang belikat ni berbunyi2 masa mengangkat barang. Van lak buat manja2 tak boleh nak start enjin. Nasib baik ada kereta Waja a.k.a Cheq Ja ni. Bonet luas. So sementara van cheq allepart kena godek, hakak pun transfer la barang yang siap molek disusun semula dalam Cheq Ja.. adui.. Memang ni first time terjadi. Sebagai pengajaran, kena la chek kondisi kenderaan setiap masa ( padahal hari2 si allepart ni kena mandi ngan 'dedi' dia. Mengada2 sangat ) heheh

Lepas transfer barang, kami pun bertolak la ke rumah pengantin tunang kat bukit jelutong. Nurfazira namanya. Nasib baik cik adik ni cool. Apa lagi, kami terlewat lebih kurang 40 minit drp masa yang dijanjikan. Terasa bersalah la sangat. Macam lipas kudung kami settup pelamin. Sedar tak sedar, kami buat dalam 45 minit dah siap. Wahhh.. Such a marathon lak. Kekekkk.. Kelakar sangat.. Tu la.. Buat lagi pengantin tunggu.. Padan muka kami.. Hehehe

Apa pun kami still deliver yang terbaik. Alhamdulillah. Pengantin dan family suka. Dan ini hasilnyer... Taddaaaaaaa..........



Tema peach dan krim. Anda minat? Boleh whatsapps kami kat 014-6633466. No lagi satu tu kami jarang on data internet. Sebab data internet maxis very the mahal.. Kita dah pun bertukar ke DiGi.. Rasanya lagi berbaloi dan line tak de problem sangat... Wahhh terpromote DiGi pulak... Kikiki

Ok. Tq ye sebab sudi bace dalam rahsia blog ni. Komen tak pernah ada, tapi traffic statistik blog ni boleh tahan la.. Cuma akak tak reti nak buat blog ni ada Adsense.. Heheh sapa tau ajar la. Dah daftar banyak kali tapi asyik kena reject jer.. Hurmmm

Ok, nak tengok design lain dan catatan lain ada kat 
intagram 
pelaminminibajetshahalam

 facebook fan page
Pelamin Mini Bajet- Shah Alam

Nak tau harga atau lain2, hakak mintak tolong whatsapps. Sebab intagram tak boleh nak pm sesuka hati. Atau fanpage fb tak boleh nak pm dulu. Anda kena mesej akak dulu. Baru masuk.. Heheh

Jumpa lg. Tq










Saturday, May 3, 2014

Pelamin: Mei 2014

Salam sejahtera
Ni koleksi terbaru pelamin mini dan sanding yang mengikut bajet pelanggan.

Pelamin nikah ekslusif: RM 750 (without transportation)

Pelamin Tunang Ekslusif: RM 500 (without transportation)

Pelamin Sanding Dewan Ekslusif 32 feet: RM 1300 (without transportation)

Pelamin Sanding : RM 650 (without transportation)

Minat? Cepat booking. Slot terhad.

Tq