Pages

Showing posts with label pelamin nikah. Show all posts
Showing posts with label pelamin nikah. Show all posts

Wednesday, October 22, 2014

Pelamin Orkid : Reza & Cuin

salam sejahtera.. minggu lepas admin cuti2 Malaysia. Balik kampung. Maklumla, ini la peluang admin nak melonggarkan bahu dan lutut.. Tidur sepuasnya sebab cuti dari pasang pelamin. Minggu ni baru buat comeback. Dengan idea dan design baru. Kali ni job pelamin di Cheras. Kawan satu office. Kita panggil dia Cuin. Dah tempah awal2, so senang kami nak arrange. Cuin pakai baju sanding warna hijau zamrud. Dia tanya pada kami warna yang sesuai. Kebetulan kami nak buat design baru. So kami pun suggest warna putih dan krim. Sesuai dengan baju sanding warna hijau zamrud.

Kami mula pasang awal pagi. Bukan apa, risau tak sempat nak pasang hari Khamis, sebab kami bertiga kerja waktu siang. Masa dah habis pasang pelamin, rasa kelakar pulak bila si meow tuan rumah me'round' seolah nak checking pelamin yang bakal Cik Tuan dia duduk. Heheh

Ok, jom layan gambar. Siapa minat boleh whatsapps kami 014-6633466 ye.

Friday, August 29, 2014

Pelamin Sanding Maya: Pengantin Cantik

Salam sejahtera. Lega rasanya. Satu pelamin dah siap. 2 lagi menanti. Walau penat, kami gembira dapat serve pengantin comel Cik Maya, dari Ijok. Hehe. Sebenarnya kami tak jumpa pun Cik Maya secara face to face. Tapi kami tau, Cik Maya tergolong dalam keluarga yang amat berbudi bahasa. Kadang2, anak adalah cermin ibu bapa. Pelamin kali ni amat cepat kami siapkan. Dalam masa satu jam setengah dah siap. Alhamdulillah.

Jom layan gambar yang kami pasang. Dah memang musim purple pink kot minggu pengantin Merdeka ni. Semuanya drape tiga ni. Semua pelamin PMBSA kali ni lebih kurang sama. Warna je berbeza. So, layankan ajer.. Pengantin dah suka. Kami buat je... 


Kami terpaksa letak watermark sebab ada Mini Pelamin Bajet lain ambil kesempatan. Sedih sangat..

Apapun terima kasih atas layanan baik ibu, ayah dan adik Cik Maya. Semoga berbahagia hingga ke jannah.

Kalau minat, boleh whatapps/sms call kami. 017-3016290. 

Tq



Thursday, May 1, 2014

Pelamin Sanding Mini- Taman Kesenian Islam, Shah Alam

Salam, kali ni team PMBSA dapat job kat Taman Kesenian Islam Shah Alam. Mula berdebar juga sebab terbayang audiotorium yang agak besar. Maklumlah, pelamin kami ni kategori comel and budget je.. Takut2 tak dapat penuhi selera pengantin pulak. Apapun niat kami satu je, mahu membantu pengantin berbelanja secara berhemah. Tapi kami bukanlah welfare, nak bagi macam-macam sampaikan tak termampu nak tunaikan. Pendapat dan prinsip kami mudah jer, we deliver the best within reasonable price. So, agak-agak la, kalau nak pelamin macam designer pelamin Che Ta, Siti Nurhaliza, anak menteri2, tapi nak bajet bawah RM500.. Rasanya logik ke tak? Heheh Kami cerita ni berdasarkan pengalaman sebenar. Hahah kelakar sangat! So B2B yang rasa berangan nak pelamin ala2 mcm kita tulis kat atas tadi, kami memohon sejuta kemaafan. Kami kurang kemampuan.. Hehe. 

Ok, ni projek bukan Mei 2014. Pelamin nikah dan mini sanding. Kiranya mcm
2 in 1 la... Budget antara RM750 - RM 1000

PM kami 017-3016290 kalau nk lock harga. 




Layanzzz...

Monday, January 20, 2014

KOLEKSI PELAMIN MINI BAJET

Salam,

Ini antara koleksi pelamin kami.







 

 

.







 






Jika anda mempunyai design sendiri, boleh bincang dengan kami. 

PM/Whatsapps 017-3016290