Salam sejahtera,
Maaf sebab lambat update blog ni. Sebenarnya ni pelamin last week. Hujung Januari 2015. Dapat tempahan dari pengantin kecil molek, Kathy namanya. Serius, satu family peramah. Cik Kathy buat majlis kat rumah kakak sulung dia. Memang sporting sangat. Kebetulan masa kami sampai, hujan lebat sangat. Rasanya dekat satu jam kami duduk dalam van. Tunggu hujan berhenti. Alhamdulillah, bila hujan berhenti, macam lipas kudung kami pasang pelamin. Tadaaaa... ni hasilnya.... hehe... pelamin simpuh paling simple warna ala coral... first time kita kenal kaler ni... ingtkan coral tu biru... heheh pelajaran baru...
Showing posts with label pelamin tunang. Show all posts
Showing posts with label pelamin tunang. Show all posts
Friday, February 6, 2015
Pelamin Tunang Pengantin Kecil Molek: Kathy
Labels:
coral roses,
pelamin tunang
Location:
Perdana Heights, Perdana Heights
Friday, January 23, 2015
Pelamin Tunang : Family yang amat baik dan peramah
Alhamdulillah. Selesai satu pelamin tunang kat Seksyen 7, Shah Alam. Mula2 takut gak nk serve sebab Kak Iti ni, anaknya tunggal. Berdebar sebenarnya. Sebab, secara logiknya mesti Kak Iti nak yang perfect 10 for her daughter.. Hehe.. Syukur, rupanya kak Iti dan anaknya tak byk karenah pun. Rezeki Cik Pengantin, kami served segala lampu dalam simpanan. Ha.. Terang benderang pelaminnya. Nenek pengantin pun sempoi. Ramah sangat. Best sangat pasang pelamin minggu ni. Tak stress langsung.
Ok, jom tengok gambar. Disebabkan leka berbual, kita lupa nk snap pic guna henpon kita. Heheh.. Ni pun ihsan photo kakak kita. Tq kakak... Kita lupa la nak snap gambar tadi. Leka makan rempeyek tadi.. Kikikih
Saturday, October 11, 2014
Pelamin Tunang Pengantin Sempoi: Fazira
Salam sejahtera. dah 3 minggu cuti buat pelamin, terasa la jugak tulang belikat ni berbunyi2 masa mengangkat barang. Van lak buat manja2 tak boleh nak start enjin. Nasib baik ada kereta Waja a.k.a Cheq Ja ni. Bonet luas. So sementara van cheq allepart kena godek, hakak pun transfer la barang yang siap molek disusun semula dalam Cheq Ja.. adui.. Memang ni first time terjadi. Sebagai pengajaran, kena la chek kondisi kenderaan setiap masa ( padahal hari2 si allepart ni kena mandi ngan 'dedi' dia. Mengada2 sangat ) heheh
Lepas transfer barang, kami pun bertolak la ke rumah pengantin tunang kat bukit jelutong. Nurfazira namanya. Nasib baik cik adik ni cool. Apa lagi, kami terlewat lebih kurang 40 minit drp masa yang dijanjikan. Terasa bersalah la sangat. Macam lipas kudung kami settup pelamin. Sedar tak sedar, kami buat dalam 45 minit dah siap. Wahhh.. Such a marathon lak. Kekekkk.. Kelakar sangat.. Tu la.. Buat lagi pengantin tunggu.. Padan muka kami.. Hehehe
Apa pun kami still deliver yang terbaik. Alhamdulillah. Pengantin dan family suka. Dan ini hasilnyer... Taddaaaaaaa..........
Tema peach dan krim. Anda minat? Boleh whatsapps kami kat 014-6633466. No lagi satu tu kami jarang on data internet. Sebab data internet maxis very the mahal.. Kita dah pun bertukar ke DiGi.. Rasanya lagi berbaloi dan line tak de problem sangat... Wahhh terpromote DiGi pulak... Kikiki
Ok. Tq ye sebab sudi bace dalam rahsia blog ni. Komen tak pernah ada, tapi traffic statistik blog ni boleh tahan la.. Cuma akak tak reti nak buat blog ni ada Adsense.. Heheh sapa tau ajar la. Dah daftar banyak kali tapi asyik kena reject jer.. Hurmmm
Ok, nak tengok design lain dan catatan lain ada kat
intagram
pelaminminibajetshahalam
facebook fan page
Pelamin Mini Bajet- Shah Alam
Nak tau harga atau lain2, hakak mintak tolong whatsapps. Sebab intagram tak boleh nak pm sesuka hati. Atau fanpage fb tak boleh nak pm dulu. Anda kena mesej akak dulu. Baru masuk.. Heheh
Jumpa lg. Tq
Sunday, September 14, 2014
Pengantin Simple: Mak Pengantin Comel: Adik Twin Pengantin yang cute
Salam sejahtera. Sempena cuti sekolah bermula, kami nak share pengalaman masa pasang pelamin kat Puncak Alam. Kami lupa nak tanya nama pengantin sebab yang uruskan semua mak tiri pengantin. Sekarang dah tak mcm zaman cinderella atau bawang putih bawang merah dah. Anak tiri nak tunang atau kawin siap sponsor kot? Alhamdulillah. Aman dunia kalau macam ni.
Ok, pengantin nak tema biru dan kuning. Kami pun berusaha cari bunga kuning. Maklum la, baru first time pakai tema kuning. Nasib baik jumpa. Jom layan photo. Bukan ape, kami teringat2 kat rumaj ni sebab kak Neeja (mak tiri pengantin) ni ada anak twin boy. Comel sangat. Tetiba teringin anak twin lak. Namanya kalau tak silap Haziq dan Hadi kot? Tapi memang comel.
Maybe ada yang tanya. Ni pelamin yang sama ke? Erm.. Sama. Tapi berbeza sebab penggunaan spotlight yang boleh tukar2 warna. Apa lagi. Kalau suka calling2 atau wasap2 kami. 0146633466 (Husdha). Kalau call kita tak pickup, maknanya kita tengah keja (9am-6.00pm). Bagi je wasap. Kita cuba reply sepantas kilat. Tapi kalau call pada waktu 2-3 pagi hakak tido dah... Heheh. Sama gak, leave je mesej. Seawal mungkin hakak reply. Hehe
Ok. Kita blanjer satu lagi pic.
Pengantin Comel: Bella
Salam sejahtera. Wah.. Kali ni kami punya pengantin tunang orangnya kecil molek. Cantik lak tu. Memang sesuai kerja di KLIA. Bahagian front liner. Orangnya ramah, baik hati dan cantiik. Sesuai sangat dengan nama yang diberi. Bella.
Pelamin simpuh menjadi pilihan. Ok, kali ni memang dapat pic pengantin betul2 sedang pose kat pelamin. Baru ngam.. Heheh
Jom jengah gambar.
Saja tak letak watermark. Kami lebih suka kalau bakal pengantin yang jenguk2 blog ni dapat tengok sepuasnya photo tanpa diganggu watermark. Kalau ada yang cilok idea dan mengaku dia buat, sendiri mau ingat.. Heheh... Bukan tak kisah, tapi agak-agakla nak mengaku photo pelamin buatan orang lain sebagai karya sendiri... Heheh
Ok, buat bakal pengantin, kalau nak tau lebih lanjut, call/whatsapps nombor
0146633466. Akak tambah tukar nombor sebab nombor 0173016290 tu bercampur aduk dengan nombor kerja.. Konfius hakak. Student ke, customer yang call... Heheh
Nama hakak Husdha. Cepat save no ni
Ok. Luv u..
Thursday, June 19, 2014
Pelamin Mini Tunang: Pastel
Salam sejahtera. Ni pelamin tunang fresh dari oven.. Panas lagik...
Pengantin ni sukakan yg sweet dan simple. Drape tu pilihan pengantin sendiri. Kami realisasi impian mereka. Alhamdulillah, dia suka.
Ok, team PMBSA bercuti sepanjang Ramadhan. Jumpa lagi lepas raya.
Tq
**minat dengan pelamin ni? PM kami 0173016290
Saturday, May 24, 2014
Pelamin Tunang: Merah, Krim, Peach
Salam. Kali ni kami dapat job buat pelamin tunang di Bukit Kemuning. Memang patteen drape ikat 3 ni popular. Bunga peach dan merah pun memang disukai ramai.
Ok jom layan gambar. Istimewa kali ni, kami attach gambar pelamin yang sama, tapi warna yang berbeza. So, pengantin boleh choose mana yang berkenan. Setiap kali shoot gambar, different color, memberi efek berbeza.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















