Pages

Friday, May 30, 2014

Pelamin Sanding: Bak Putih Salju, Laut Membiru (Putih+Biru+krim)

Salam sejahtera. Pelamin ini merupakan pelamin penutup bulan Mei 2014. Sebenarnya kami dapat job asal di sebuah kelab terkemuka di Shah Alam. Dah berangan nak deco pelamin kat dewan yang gah ni. Mungkin Tuhan bagi warning, tak baik nak meriak bagai, so, Allah dah selamatkan niat hati kami. Alhamdulillah, walaupun kena cancel last minute. Sedih jugak. Tapi takpe, bila mengenangkan 'anak tangga cantik' yang meninggi dan menjunam turun naik, tanpa lif, heheh. Ada hikmahnya. Kalau tak kami tamai2 mc ari Isnin sebab sakit pinggang turun naik tangga cantik tu. Syukur..
Ok, kali ni kami serve pelanggan yang terainaya jugak. Memang senasib. Heheh.. Walaupun situasi tak sama, mungkin dinamakan jodoh. Rupanya si pengantin perempuan ex-sekerja walaupun tak sama department. Kiranya bertemu jejak kasih... 

Ok, jom layan gambar. Pengantin super sempoi. Tak nak sarat barat. Pelamin sanding ringkas tanpa banyak bunga. Ini permintaan pengantin dan they are willing to pay with same price. Hakak tak sampai hati, so akak bercadang nk bagi dia rasmikan pentas archylic transparent. Baru rasanya berbaloi ngan dia bayar. Kelakar bila pengantin pomppuan takut2 nak pijak. Jangan risau, insyaallah selamat. Pengantin cuma duduk sopan je kan? Kalau dibuat pentas joget mungkinla boleh roboh.. Harap3 dijauhkan kisah pengantin jatuh sebab pelamin roboh. Huhu

Ni gambarnya. Fresh from oven. 
Minat ? Cuma whatsapps nombor ni. 017-3016290 untuk pertanyaan. Yang kawen lambat lagi pun boleh tempah sebab slot kami very fast selling. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah. 
Ok. Jumpa lagik. Next week ada 3 job. Nanti kami update pelamin2 ni ye. Tq.
 







Saturday, May 24, 2014

Pelamin Tunang: Merah, Krim, Peach

Salam. Kali ni kami dapat job buat pelamin tunang di Bukit Kemuning. Memang patteen drape ikat 3 ni popular. Bunga peach dan merah pun memang disukai ramai.

Ok jom layan gambar. Istimewa kali ni, kami attach gambar pelamin yang sama, tapi warna yang berbeza. So, pengantin boleh choose mana yang berkenan. Setiap kali shoot gambar, different color, memberi efek berbeza.






Minat? Boleh hubungi kami di 017-3016290. Tq





Sunday, May 11, 2014

Pelamin Sanding: Exclusive Design

Tarikh:11/5/2014
Pelamin Bawah Khemah
Tema: Off White, Cream, Pink
Nama pengantin: Ema
Tempat: Port Klang

Salam sejahtera. Kali ni kami dapat tugas memasang pelamin bawah khemah. Memang mencabar sangat sebab dah musim hujan. Basah lencun team PMBSA nak menyelesaikan tugas. Nak parking kereta dan van pun memang mencabar iman jugak la. Kami tau memang la kami pemasang pelamin bajet, tapi budi bicara akal fikiran waras tak perlu dibeli dengan wang ringgit. Cukup sekadar memahami kesukaran mengangkat peralatan yang tak kurang berat pun cukup bagi kami. Yang sedihnya, bukan calang-calang orang yang menganjurkan kerja kawin ni, tapi memang orang dalam bidang ini jugak.. Aduhai. Sedih gak la...

Ok, itu kami jadikan sebagai cabaran. Learn from mistake. Kami akan lebih berhati-hati nanti.

Tapi pelamin yang banyak cabaran ini jugakla yang mendapat sambutan hangat dari follower intagram dan fanpage PMBSA. Berbaloi penat lelah nak memasang pelamin ni. Heheh jom layan gambar.. 






Ok, kalau nak tau harga atau info lanjut, whatsapps kami 

Insyaallah kami cuba harga yang paling munasabah setimpal dengan effort. Pastu lawat je page facebook

Pelamin Mini Bajet- Shah Alam

Atau intagram

Pelamin Mini Bajet Shah Alam


Tq







Thursday, May 8, 2014

Deko Bilik Pengantin: Tema Lavender

Projek 11/5/2014
Deko bilik pengantin
Lg Sg Chincin Gombak
Tq Fadila




Hai... Kali ini kami dapat job lain dari yang lain. Deko bilik pengantin je.. Pelamin, pengantin tak nak. Tak nak bersanding.. Tapi kami deco bilik secantik mungkin untuk sweet moment pasangan ini. Jom layan gambar bilik yang telah kami deco. Sweet tak? Heheh
Minat? Pm la kami 0173016290



Sunday, May 4, 2014

Coming Soon: Pelamin Grand Akad Nikah (Limited Edition)

Sekian lama kami menawarkan pelamin cute yang bermain dengan dekorasi sederhana. Kali ni, mode raya 2014, kami ingin memperkenalkan perkhidmatan pelamin yang Grand dan Ekslusif. Kiranya macam pelamin ala2 artis gitewww... Tapi dengan harga berpatutan. Sesuai la dengan designnya. Pasu bunga pun kami pakai jenis chrome metal, lampu crystal beads, dan drape disinari lampu led yang romantis. Pentas 5x3', archylic. Sesiapa yang tak sure apa itu pentas archylic, mcm ni lebih kurang. Tapi gambar ini kita pinjam dr Mr Google. Tq encik Google dan bridal yang hupload gambar penggunaan pentas archylic ni ye.. Akak pinjam je tau...

     
       Gambar ihsan daripada Mr Google

Pentas ni trasparent. Kami rancang akan letak lampu led dan bunga bungaan di dalam pentas ini. Pelamin bertema garden memang sesuai.

Selain itu, pasu yang digunakan juga ekslusif iaitu pasu metal chrome. Memang dramatik pelamin tu nanti. Pasu tu macam gini.



Dekorasi tambahan seperti lampu dan sebagainya akan menambah seri gojes pelamin grand PMBSA.

So, harga pelamin? Hehe. Memang la tak sama dengan harga pelamin sebelum ni. Tengok barang pun dah dapat agak berapa RM kan? Tali jangan risau, masih tak mencecah belasan ribu ringgit. Tapi masih mampu milik la... Hehe.

Ok, takat ni update dari kami. Jumpa di next post. 

Nak more info? Wassap je terus. 017-3016290.

K. Bai

Husdha



Saturday, May 3, 2014

Pelamin: Mei 2014

Salam sejahtera
Ni koleksi terbaru pelamin mini dan sanding yang mengikut bajet pelanggan.

Pelamin nikah ekslusif: RM 750 (without transportation)

Pelamin Tunang Ekslusif: RM 500 (without transportation)

Pelamin Sanding Dewan Ekslusif 32 feet: RM 1300 (without transportation)

Pelamin Sanding : RM 650 (without transportation)

Minat? Cepat booking. Slot terhad.

Tq

Thursday, May 1, 2014

Pelamin Tunang Last Minutes- Shah Alam

Pengantin ni very sempoi. Last minute try terjah kami. Mujur ada slot. Hehe.. Maafkan lah dia. Mula-mula dia tak mau berpelamin. Tapi, mungkin ada bajet terlebih, dia pun cuba-cuba nasib. 

Anyway, ni pelamin yang dia minat. Chandelier flower yang simple tapi nmpk elegent.. 


Layanzzz

Minat? Pm Kami

Pelamin Sanding Mini- Taman Kesenian Islam, Shah Alam

Salam, kali ni team PMBSA dapat job kat Taman Kesenian Islam Shah Alam. Mula berdebar juga sebab terbayang audiotorium yang agak besar. Maklumlah, pelamin kami ni kategori comel and budget je.. Takut2 tak dapat penuhi selera pengantin pulak. Apapun niat kami satu je, mahu membantu pengantin berbelanja secara berhemah. Tapi kami bukanlah welfare, nak bagi macam-macam sampaikan tak termampu nak tunaikan. Pendapat dan prinsip kami mudah jer, we deliver the best within reasonable price. So, agak-agak la, kalau nak pelamin macam designer pelamin Che Ta, Siti Nurhaliza, anak menteri2, tapi nak bajet bawah RM500.. Rasanya logik ke tak? Heheh Kami cerita ni berdasarkan pengalaman sebenar. Hahah kelakar sangat! So B2B yang rasa berangan nak pelamin ala2 mcm kita tulis kat atas tadi, kami memohon sejuta kemaafan. Kami kurang kemampuan.. Hehe. 

Ok, ni projek bukan Mei 2014. Pelamin nikah dan mini sanding. Kiranya mcm
2 in 1 la... Budget antara RM750 - RM 1000

PM kami 017-3016290 kalau nk lock harga. 




Layanzzz...