Pages

Monday, September 22, 2014

Collabrate Dengan Bridal atau MUA?

Salam sejahtera. Sebelum catatan ini dikembangkan, kami ingin beritahu, bahawa, kami sekadar pemasang pelamin sahaja. Belum mencapai tahap bridal lagi. Kami masih beroperasi sepenuhnya dari rumah. Belum ada butik lagi. Bukan tak de keinginan. Tapi bila ditambah tolak cerita pasal bajet, kami rasa kurang perlu kalau sekadar ada butik, tapi konsep sebenar kami dah lari dari tujuan asal. Kami sekadar nak membantu para pengantin dapatkan pelamin yang ringkas dengan harga logik akal. Kalau menyewa kedai atau premis, terpaksa ditambah dalam harga pelamin. Maka, harganya menjadi berbeza. Bukan sekadar sewa, kos pekerja, kos utiliti akan meningkat? Belum kira GST lagi ke atas barangan asas seperti petrol sebagainya. Bagi golongan atas, tak terasa beban. Tapi kalau sekadar golongan macam saya, memang besar bezanya. Harap faham.

Baru-baru ini ada juga bridal yang ada nama ingin bekerjasama dengan kami. Bukan tak suka, tapi niat sebenar kami disalahanggap. Dikata tak pandai merebut peluang. Dikata tidak berdaya saing. Dikata baru setahun jagung agak meninggi diri. Memang kami tidak menerima job2 "atas angin". Sebab? Fokus kami nak beri kadar "TERBAJET" direct pada pengantin. Kami nak jadikan para pelanggan terus macam kawan sampai bila2. Kalau nak berkawan kena kenal secara direct. Kalau guna orang tengah, macamana kami nak offer best price? Macamana nak bagi harga member2?
Satu lagi, kami berat hati nk collabrate dengan golongan yang just nak ambil untung "atas angin" sebab kami sekadar pemasang pelamin part time sahaja. Kami bukanlah sepenuh masa kerana kerjaya hakiki kami menuntut 9 jam sehari, 5 hari seminggu, tanpa kompromi. Kalau pelanggan yang kami deal tanpa orang tengah, pasti memahami kerana kami telah beritahu awal semenjak booking confirmation. Lagipun booking confirmation kami hanya RM30/event. Setakat ini pelanggan kami baik2 belaka. Amat memahami kedudukan kami. Alhamdulillah.

Ok. Kami menulis bukan sebab nama. Sekadar mahu memberitahu apa yang mampu kami lakukan. Luar kemampuan kami, awal2 kami mohon ampun dan maaf.

Sekadar luahan rasa
PMBSA Team
23.09.14

Monday, September 15, 2014

Pelamin Hari Malaysia: Pelamin Tunang Wahida

salam hari Malaysia. Malam tadi kami baru siapkan pelamin tunang Cik Wahida dari Telok Menegon, Klang. Semenjak Kami buat pelamin, inilah kali pertama kami dapat tugas area sini. Alhamdulillah, bila sampai di sini, berjumpa dengan Cik Wahida sekeluarga yang ramah, ceria dengan Dua orang anak Buah perempuan yang cute, take sabar nak melihat hasil pelamin Cik Ida dia. he he.

setelah hampir sejam, Ni hasilnya. tadaaaaa


Bantal silver tu baru sampai. Rezeki Cik Wahida rasmikan. Heheh


Ni pic pengantin tunang.. Ala2 model gitewww... Cantik kan? Heheh

Minat? Boleh whatsapp kami 0146633466 (Husdha). Ada rezeki kita jumpa... Price pelamin kat atas ni dijamin tak sampai ribu riban... Heheh

Bye.. Luv uolls..
PMBSA Team•Husdha•PakTam•Izzah


Sunday, September 14, 2014

Pengantin Simple: Mak Pengantin Comel: Adik Twin Pengantin yang cute

Salam sejahtera. Sempena cuti sekolah bermula, kami nak share pengalaman masa pasang pelamin kat Puncak Alam. Kami lupa nak tanya nama pengantin sebab yang uruskan semua mak tiri pengantin. Sekarang dah tak mcm zaman cinderella atau bawang putih bawang merah dah. Anak tiri nak tunang atau kawin siap sponsor kot? Alhamdulillah. Aman dunia kalau macam ni. 
Ok, pengantin nak tema biru dan kuning. Kami pun berusaha cari bunga kuning. Maklum la, baru first time pakai tema kuning. Nasib baik jumpa. Jom layan photo. Bukan ape, kami teringat2 kat rumaj ni sebab kak Neeja (mak tiri pengantin) ni ada anak twin boy. Comel sangat. Tetiba teringin anak twin lak. Namanya kalau tak silap Haziq dan Hadi kot? Tapi memang comel.



Maybe ada yang tanya. Ni pelamin yang sama ke? Erm.. Sama. Tapi berbeza sebab penggunaan spotlight yang boleh tukar2 warna. Apa lagi. Kalau suka calling2 atau wasap2 kami. 0146633466 (Husdha). Kalau call kita tak pickup, maknanya kita tengah keja (9am-6.00pm). Bagi je wasap. Kita cuba reply sepantas kilat. Tapi kalau call pada waktu 2-3 pagi hakak tido dah... Heheh. Sama gak, leave je mesej. Seawal mungkin hakak reply. Hehe

Ok. Kita blanjer satu lagi pic. 

Ok. Tq.






Pengantin Comel: Bella

Salam sejahtera. Wah.. Kali ni kami punya pengantin tunang orangnya kecil molek. Cantik lak tu. Memang sesuai kerja di KLIA. Bahagian front liner. Orangnya ramah, baik hati dan cantiik. Sesuai sangat dengan nama yang diberi. Bella. 
Pelamin simpuh menjadi pilihan. Ok, kali ni memang dapat pic pengantin betul2 sedang pose kat pelamin. Baru ngam.. Heheh

Jom jengah gambar. 





Saja tak letak watermark. Kami lebih suka kalau bakal pengantin yang jenguk2 blog ni dapat tengok sepuasnya photo tanpa diganggu watermark. Kalau ada yang cilok idea dan mengaku dia buat, sendiri mau ingat.. Heheh... Bukan tak kisah, tapi agak-agakla nak mengaku photo pelamin buatan orang lain sebagai karya sendiri... Heheh 

Ok, buat bakal pengantin, kalau nak tau lebih lanjut, call/whatsapps nombor
0146633466. Akak tambah tukar nombor sebab nombor 0173016290 tu bercampur aduk dengan nombor kerja.. Konfius hakak. Student ke, customer yang call... Heheh

Nama hakak Husdha. Cepat save no ni

Ok. Luv u..




Thursday, September 4, 2014

Pelamin Mona: Pengantin Ceria

Salam sejahtera. Kali ni kami dapat job last minute. Hajat hati nak balik kampung, tapi memandangkan ada pengantin mintak tolong pasangkan pelamin, kami berasa tak sampai hati. Mujur juga design yang dipilih dah sedia ada. Cuma kena tukar pasu je. Pelamin tanpa stage. Sebab pengantin ni pemalu amat sangat. Stage tak dipasang. Tapi alhamdulillah. Tercapai jugak impian dia. Terima kasih Cik Mona. Ok jom layan gambar. Maybe design agak klise. Tapi permintaan pengantin yang sukakan design ni. Sanggup nak tunggu depan rumah kalau kami tak dapat buatkan. Huhu.. 





So, anda minat tak? Jom la wasap kami 0173016290 atau 0146633466. Mention la talrikh dan lokasi. Kami akan calculate total harga pelamin saja. Kalau nak mekap dan baju pengantin kami akan suggest kawan-kawan kami. Kami tak buat mekap dan baju. Sebab kami nak beri fokus 100% pada pelamin. 

Ok.. Terima kasih sebab jengah blog ni. Sudi membaca coretan kami.. ;)