Pages

Sunday, April 27, 2014

Pelamin Tunang: Keperluan atau tidak?

Salam, 
Trend pelamin masa bertunang mula mendapat tempat di hati masyarakat Melayu sekitar tahun 2008. Persepsi pada mulanya agak janggal kerana, bakal tunangan dikatakan 'over' atau terlalu beria. Ada yang mengatakan tidak menyempat-nyempat nak naik pelamin. Itu persepsi sekitar 2008/2009. Tapi tahun 2010 dan ke atas, kewujudan pelamin mini untuk pertunangan mulai diterima, malah menjadi agak wajib kini. 

Pro dan kontra Pelamin Mini

Pro

1. Semasa meminang, keluarga bakal suami mestilah nak tengok bakal menantu. Kalau dulu, hanya bakal mak mentua / makcik pihak lelaki je dapat sarung cincin. So, agak kurang manis kalau bapa saudara dan lain-lain nak masuk dalam bilik menjenguk bakal menantu. Maklumlah, dulu2 sarung cincin dalam bilik... 

Kontra

1. Pelamin mini kat luar memang bagus sebab, bakal besan boleh kenal muka bakal menantu yang dipinang. Tak perlu nak berhimpit dalam bilik nak bergambar kenangan. Tapi melibatkan kos tambahan. Sekarang pun pelamin mini pun dah hampir sama harga dengan pelamin sanding (Tapi PMBSA lebih murah yerrr).. Tu yang menghadkan perbelanjaan... 

Apapun pilihan di tangan anda. Tak mampu nak berpelamin, cukup sekadar ada ruang untuk duduk disarung cincin. Tapi kalau sarung dalam bilik pun memerlukan kos jugak. Kos nak beli sarung cadar tilam, langsir baru, jambangan bunga dan lain-lain... Heheh

Ok. Cukup untuk coretan kali ni. Next week event pelamin penuh... Tak de masa nak mencoret rasa. Tepek gambar je kot? Heheh

Nak luahkan pendapat? Komen je. Nak tanya pasal harga pelamin? Whatsapps/ Call 017-3016290. 

Sudi-sudi visit page kita.
Pelamin Mini Bajet- Shah Alam

K. Bai... 

Husdha

Saturday, April 26, 2014

Pelamin: Bunga artificial Vs bunga segar?

Salam sejahtera,
B2B yang sedang berangan pasang impian, mungkin teringin nak pakai bunga fresh untuk hiasan pelamin mereka. Ok, ini pendapat peribadi kami yang mementingkan bajet. Tak setuju pun tak apa. Yang penting kami dah luahkan pendapat. Hehe

1. Tujuan asal pelamin adalah nak bergambar saja. So, tak perlu nak penuh dengan bunga yang sarat sebab akan tenggelamkan seri pengantin. 

2. Kalau bunga sarat sangat, mata penonton tertumpu pada bunga saja, bukan pada pengantin. Sentap pengantin. Bayar mahal2, tapi orang asyik fokus kat bunga pelamin saja.

3. Bunga segar mempunyai ketahanan yang kurang sesuai dengan cuaca di Malaysia, kecuali dibuat dalam dewan berhawa dingin atau di Cameron Highlands. Kalau buat kat khemah... Aduhai.. Memang tak sesuai. Hihi

4. Yang ni paling penting! Kos! Mestilah bunga segar ni lebih mahal dari artificial. Jangan salah faham pulak, walaupun cuma mini dais saja yang mungkin bunganya 4 pasu, kos mungkin dekat2 RM1k tau... Jadi, sila seluk poket atau check kat akaun, agak2 berbaloi tak menggabiskan bajet ke arah yang kurang berhemah. 

Jadi, tepuk dada tanya iman. Tujuan perkahwinan adalah untuk menghalalkan hubungan 2 insan. Panjang lagi ranjau yang perlu ditempuhi selepas menikah. Susu anak, pampers, yuran taska, bil rumah, makan minum, bil klinik, hospital. Kami di Pelamin Mini Bajet- Shah Alam sentiasa memikirkan kepesatan ekonomi negara tidak berapa seiring dengan pendapatan isirumah golongan sederhana. So, berjimatlah... ;)

Visit page fb kami
Pelamin Mini Bajet- Shah Alam

017-3016290 (Husdha)

Pelamin: ADAKAH PERLU PELAMIN BERIBU-RIBU RM?

 Mahal tapi nak duduk atas pelamin 2-3 jam jer? Berbaloi ke habiskan beribu-ribu?

Dilema? Nak pelamin macam artis? Tapi sebenarnya bajet ciput? Nahhh... Mula-mula fikirkan 'ukur baju kat badan sendiri'. Baru sesuai...

Kami mempunyai fasiliti yang limited kerana tujuan wujudnya Pelamin Mini Bajet-Shah Alam hanya ingin membantu pengantin berbelanja dengan berhemah dengan permintaan yang munasabah dengan bajet. Bukan untuk golongan yang mahukan fasiliti yang setanding dengan wedding planner kelas atasan yang mungkin menjangkau belasan ribu atau puluhan ribu RM. Harap bakal pelanggan dapat mempertimbangkan bajet anda terdahulu sebelum membuat keputusan. 

Pendapat peribadi kami- pelamin hanya ditatap sebentar saja, paling maksimum mungkin 24-48 jam. Yang penting pelamin dan pengantin cantik di dalam foto, kerana gambarfoto adalah longlasting, menjadi kenangan sepanjang hayat.. Apalah makna kalau pelamin puluhan ribuan atau belasan ribu, sedangkan dalam foto, nampak sama dengan hasil pelamin yang cuma ratusan RM sahaja. 

Kehidupan sebenar adalah selepas berumahtangga. Alangkah baik jika perbelanjaan itu digunakan untuk masa depan. Itu adalah pendapat peribadi berdasarkan pemerhatian pengalaman. 

-Tetiba jadi ahli falsafah Pemikir bajet-

Visit page fb
Pelamin Mini Bajet-Shah Alam

Pelamin Pastel






Pelamin 2014. Maklumat lanjut boleh hubungi 017-3016290 (husdha) atau visit page facebook Pelamin Mini Bajet- Shah Alam atau Intagram pelaminminibajetshahalam. Tq