Pages

Sunday, August 31, 2014

Pelamin Bawah Khemah: Ayah Pengantin yang Sporting

Salam sejahtera. Pelamin kali ni di sekitar Sijangkang. Memang mencabar jugak sebab kali ni, penuh satu Mini Allepard kami dengan barang pelamin. Pelik jugak sebab, biasanya muat je satu allepard mini ni, kali ni kami yang cumel2 ni seperti bernafas dalam lumpur. Padat sesangat. Sampaikan ada saudara pengantin tak percaya, kesemua barang pelamin bawah khemah ni dibawa oleh Suzuki 'Allepard' kesayangan kami.. 

Ayah pengantin memang sempoi. Disebabkan kami datang pasang awal pagi, breakfast ditaja oleh tuan rumah. Lontong dan sambal kacang memang sedap sangat. Dapat lak air teh susu. Kalau dilayan memang sambung Zzzzz semula la gamaknya.. Heheh

Ayah pengantin Cc Othman memang peramah. Seronok bila dapat ayah pengantin yang sempoi nak tunaikan hajat si anak. Siap test lagi pelamin kami. Tak pelah, biar ayah dan mak test dulu. Mereka pun nak merasa naik pelamin semula.. Hehe

Ok,jom layan photo. Bunga jurai tu bukan style team PMBSA, tapi demi merealisasikan impian pengapit pengantin, kami gantung la jugak.. Nasib baik pengantin suka.. Layankan ajer.. Hehe



Minat? Whatspps kami ye. 017-3016290.

Page facebook dan Intagram 
Pelamin Mini Bajet- Shah Alam

Pastikan ori baru beli.. Heheh


Pelamin Sanding Encik Luqman, si Pengantin Sempoi

Salam sejahtera. Kali ni kami dapat pelanggan yang amat sempoi. Happy kami bila dapat customer yang tak banyak cerita. Semuanya diserahkan pada kami. Yang penting pelamin indah di mata. Disebabkan masa agak 'tight' kami terpaksa susun jadual secantiknya. Mujur kali ini pelamin dewan 20'. Pengantin pun tak banyak hal dan ragam. Cuma Encik Luqman nakkan pelamin ada tema warna purple dan pink. Kebetulan betul. Minggu merdeka ni, semua pelanggan nakkan warna purple dan pink. Jenuh juga bila terpaksa berbagi2 barang.. Alhamdulillah, cukup barang2.

Ok.jom layan gambar. Luvly pink. 





Admin paling suka bekerja dengan pengantin tak terlalu cerewet. Berdasarkan pengalaman, pengantin terlalu cerewet takkan dapat apa yang diidamkan. Selalu saja ada masalah masa kami nak lunaskan kerja pemasangan pelamin. Bagi pengantin yang easy going, selalunya kami akan 'bermurah hati' nak beri 'lebih' daripada dalam perjanjian. Hehe.. Pengalaman amat mematangkan kami. 

Apapun, kami amat happy minggu merdeka ni. Untuk pertanyaan berkenaan harga, sila Whatsapps kami di nombor 017-3016290. Untuk design yang lain, boleh jenguk kat intagrAm atau facebook page Pelamin Mini Bajet- Shah Alam. Sengaja kami guna nama yang sama supaya pelanggan senang nak 'reach' kami. Dinasihatkan agar explore semua yang ada dalam page dahulu. Kurang faham, bolehlah call atau whatsapps kami. Tq 



Friday, August 29, 2014

Pelamin Sanding Maya: Pengantin Cantik

Salam sejahtera. Lega rasanya. Satu pelamin dah siap. 2 lagi menanti. Walau penat, kami gembira dapat serve pengantin comel Cik Maya, dari Ijok. Hehe. Sebenarnya kami tak jumpa pun Cik Maya secara face to face. Tapi kami tau, Cik Maya tergolong dalam keluarga yang amat berbudi bahasa. Kadang2, anak adalah cermin ibu bapa. Pelamin kali ni amat cepat kami siapkan. Dalam masa satu jam setengah dah siap. Alhamdulillah.

Jom layan gambar yang kami pasang. Dah memang musim purple pink kot minggu pengantin Merdeka ni. Semuanya drape tiga ni. Semua pelamin PMBSA kali ni lebih kurang sama. Warna je berbeza. So, layankan ajer.. Pengantin dah suka. Kami buat je... 


Kami terpaksa letak watermark sebab ada Mini Pelamin Bajet lain ambil kesempatan. Sedih sangat..

Apapun terima kasih atas layanan baik ibu, ayah dan adik Cik Maya. Semoga berbahagia hingga ke jannah.

Kalau minat, boleh whatapps/sms call kami. 017-3016290. 

Tq



Tuesday, August 26, 2014

Koleksi PMBSA : Pelamin Sanding

Pelamin Mini Bajet Shah Alam
Koleksi Julai/Ogos 2014








Ini koleksi terbaru dari PMBSA. Minat? Boleh whatsapps kami 
017-3016290- Husdha.

Nota: Pengeluaran semula dengan mencuri, mencetak, menyimpan dan menayangkan gambar dalam bentuk media cetak, facebook, intagram dan lain-lain cara, dengan tujuan yang TIDAK MENGUNTUNGKAN PIHAK PMBSA, adalah tidak dibenarkan. Sila call untuk mendapatkan penerangan lanjut. TQ











Pelamin Tunang Ika: Putih

Kali ni kami dapat job area Cheras. Alhamdulillah, setelah pelamin minggu sebelumnya agak menyentap hati dek perangai pengantin yang eksyen tak kena gaya, kali ni pengantin tunang PMBSA yang comel kecil molek, Ika namanya. Bukan nak saja2 memuji, boleh dikatakan seluruh ahli keluarganya amat ramah. Budi bahasa memang tiptop. Tak rugi berbesankan keluarga PakCik Din. Kami baru tau yang Pak Cik Din ni bekas Chef, tabik spring kami dengar pengalamannya.. Bukan calang2 chef. Merantau sejauh Perth, tapi budi pekerti resmi padi.. Makin berisi, makin menunduk. Memang happy buat pelamin Ika.. Walaupun rumahnya kecil, tiangnya beribu.. Wahh dalam maksudnye kan?

Ok, ini pelamin idaman Ika. Memang dia nak warna putih. Kami je touchup ngan warna hijau seban kami pakai lampu 16 warna. So, suka2 la nk tukar warna ape kan? Hihi






Apapun, tahniah ye Ika..  Selamat bertunang...

Senyum sampai ari ni...
;)



Saturday, August 16, 2014

Luahan Hati Pembuat Pelamin Bajet: Bila Pengantin Super Bajet Berlagak Sombong

Luahan Hati Pembuat Pelamin Bajet: Bila Pengantin Super Bajet Berlagak Macam ambil Pelamin  35K.


Kali ni betul-betul saya dan team geram dan menyampah. Pelamin nak yang super murah. Tapi bila kami nak settup, menyombongnya pengantin ni macam settup pelamin harga 48 ribu. Ada jugak manusia macam ni. Berdasarkan pengalaman kami, pernah jugak kami settup kat rumah CEO Petronas dan Datin, tapi tak pernah golongan atasan sebenar ni berlagak sombong. Yang 'biasa2' ni pulak yang lebih2. Aduh.. Kesian mentua dapat menantu macam ni.. Adesss...


Apapun, kisah ni bukan berlaku kat pengantin bajet lain. Kami hargai pengalaman ini. Supaya lebih berhati-hati masa depan. Kepada bakal mempelai, sikap anda mencerminkan perwatakkan anda akan datang. Kalau stress pun, rilex la. Semua mahukan yang terbaik masa majlis. Setahu kami, PMBSA, tak pernah beri 'sentuhan' cincai boncai untuk pelamin pelanggan, walaupun bajet agak 'biasa2'.. 


Tq sebab sudi baca luahan ni.. Aduih.. Lega skit stress geram ni.. Maaf kalau mengguris hati.. Ampun...

Monday, August 11, 2014

Pelamin Dewan: Pinky & Cream

Salam sejahtera, kali ni kami dapat job kat dewan Sri Pulasan UPM Serdang. Pengantin, Cik Farahani suka yang ringkas je. So kami plan nk touch of pink, silver dan cream..
Jom layan gambar..



Minat? Boleh pm 0173016290.