Pages

Friday, February 13, 2015

Pelamin 20 feet Ekslusif : Cikgu Umi Cantik

Salam sejahtera. Fuh.. lenguh badan tak abis lagi ni. Hehe.. tak de la.. saja wat gempak je. Kali ni dapat job pelamin rumah special request 20 feet. ala2 besar pelamin dewan dah. Tapi puas hati sebab rumah pengantin ni lapang. Sesuai sangat. Nama pengantin kali ni Cik Umi. Cantik orangnya. Anak bongsu. Abang dan kakak memang sporting. Mak dia pun. Tak kecoh2 pun. Rilex je. Masa kami baru sampai, mak oi... khemahnya banyak. Memang besaran majlis ni.
Masa mula sampai paling eksited ialah anak2 buah Cik Umi. Memang riuh jadinya. Maklumla, mak su nak kawen. Baru je pasang lampu, masing2 kata fuyooo... hebatnya.... heheh... kelakar betul anak buah Cik Umi tu. Biasala, bila kenduri kendara tu, sebenarnya anak2 kecil yang paling happy. Boleh jumpa saudara mara, jadi flower girl dan boy... jadi pengantin kecik... heheh

Keluarga ramah sangat. Senang hati kami. Lapang dada nak bagi servis terbaik.

Jom layan gambar malam tadi. Selamat pengantin baru Cik Umi...


Wednesday, February 11, 2015

Kami Freelancer. Belum ada butik. Insyaallah. Soon..

Salam sejahtera.
Kami ambil masa terluang ni nak cerita tentang kami. Sikit jer. 
Company kami masih baru. Tak sampai lima tahun. Tapi kami cuba buat seperti tahap professional. Kami tak belajar secara detail tentang pemasangan pelamin ni. Bermula secara kebetulan. Adik-adik kami nak bertunang dan kahwin serentak dalam tahun yang sama. Kalau nak diikutkan selera masing-masing berkenaan tema dan sebagainya, mau mak ayah kami gadai tanah rumah mereka. So, faham2 la kan? Semua pengantin ada citarasa. Kami ambil peluang cuba bakat kami. Alhamdulillah, pelamin bajet pertama kami untuk adinda berlatarbelakang langsir dan bertilamkan tilam penyet dialas dengan cadar putih, hasilnya nampak gojes pada pandangan mata kami.. Hehe... Si adinda pun disarung cincin oleh bakal mak mentua dia. Yang paling tak disangka, ada phographer datang, tanya, kami amek pelamin dari mana? Nak tempah katanya... Hehe.. Mau tak kembang kuncup hidung ni. Siap nak tempah uolls.. Hehe. Bila dikenang rupa tilam penyet yang sebenar. Terus kami tak jadi nak promosi diri sendiri. Maklumla, bajet tak de... Ongkos mahal ooo.. Nak beli tilam simpuh pun 2-3 ratus. Adinda pun belajar tak abis lagi. Kesian kat mak abah. Kakak dia la dok pulun berimiginasi. Hasilnya. Alhamdulillah. Sedap mata memandang. Chewahhh 

Seminggu kemudian....
Adinda yang sorang lagi lak bertunang.apa lagi... Tilam penyet dah berubah kaler. Kakaknya ada masa nak carik sarung lain. Bunga pun dah try fresh flower uolls.! Tapi pakai calla lili jer. Petik kat tepi jalan. Ehh tak... Beli la.. Tapi  beli 4 kuntum je kot. Calla lily mahal. Balang kaca memang ada kat umah mak. Tibai je. Barang bunga minggu lepas dibawa ke hari ni. Kikikih... Recycle je. Bukan pengantin atau bakal mak mentua yang sama pun... Heheh, makin kembang hidung ni bila ada yang puji pelamin cantik.. Hehe... Tak baik.. Riak dah ni.. Hihi

Bulan oktober menjelang. Adik lelaki lak nak bertunang. Mujur tak de pelamin. Tapi, segan gak bila gi umah bakal adik ipar ada pelamin ori uolls! Ada kerusi betul2 kosi.. Kita tumpang bergambar je la... Tapi kita boleh eksyen sebab hantaran we olls fresh flower.. Warna warni tau. Tapi tu makcik kita wat. Sebab masa tu kakak dorang ni nak berjalan.. Lagipun bakal adik ipar tu duduk satu taman ngan mak cik kita.. Heheh apa lagi. Mak cik kita tu tunjuk skill la.. Memang mantopzzz.. 

Pastu, enam bulan kemudian,majlis kawen adik lelaki kami pun berlangsung.masa ni tak berani lagi. Kami buat candy buffet je. Tapi blom ada   ada mesin chocolate fountain lagi. Main susun coklat dan candy jer. Haha.. Sebenarnya kat situ kami belajar erti sabar layan pelanggan. Pengantin belum sampai, satu meja panjang yang letak candy abis kena tapau. Heheh.. Nah.. Amekkaw.. Siap letak dalam beg uolss... Maklumla.. Candy free... Haish... Sabar  je la... Bila dikenang.. Kelakar sangat. Takpe la... Dh lepas pun... Hehe

Masa tu pelamin kami amek tempahan dari bridal yang sanggup datang ke kampung kami. Maklumla, kat kampung kami ada satu kedai pengantin je. Silap2 date yang kami plan nnti, bridal tu tak de kekosongan. Kan sadis? Abih tu adik lelaki kami amek bridal yang kosnya dekat RM5k. Hahah... Amekkaw lagik. Nasib adik den tu kojo repair kapalterbang. Kalau kojo cuci longkang mahu bujang tuo la tak kawen sebab pelamin mahal kedaung. Huhu.. Anyway pelamin dia cantik la. Moden style. Puas hati. Tapi tu belum cukup lagi nak mantapkan semangat kami nk buat bisnes ni. Maklumlah. Kami bertiga ni ada kerja hakiki. Sorang chekgu, sorang tukang repair toilet kapalterbang. Sorang lagi misi check perut komputer. Abistu?mau tak cuak kalau tetiba je ada pengantin suruh buat pelamin ala garden. Barang pun non hado. Hehe

Bulan ogos menjelma. Cabaran datang lagi. Tapi kami masih belom berani buat pelamin lagi. Mujur ada pembuat pelamin bajet dari KL sudi datang ke kampung kami. Harga amat munasabah. Siap baju, transport, mekap dll cuma RM2.5k. Sangat ok. Nak murah lagi? Buat sendiri lagi senang. Free jer.. Hehe... Kami pun redha. Alhamdulillah... Selesai satu majlis.

Bulan disember dah tiba. Kali ni mak kami suntik modal. Bole le beli atau sewa apa yang patut. Maka bermula kali pertama diberi kepercayaan membuat full settup pelamin kat dewan kantin sekolah. Tak percaya? Suka hati anda. Tapi kami tak tipu pun. Kami settup utk adik bongsu tersayang. Satu kantin penuh kain. Memang lain rupanya. Macam kat dewan PICC jadinya. Kebetulan date sama ngan Cheta dan Zain kawen. Pastu si adik bongsu request nak kawin bawah dome.. Tercirit birit mencari dome yang murah. Nasib la ada bridal sudi sewakan.alhamdulillah. Tercapai hasrat si montel adik bongsu nak nikah bawah dome. Last2 tok kadi terlebih feeling dok bawak chandelier bawah dome.pengantin relax je.

Pelamin lak kaler champagne. Sebab si montel punya baju kaler ijau. Pening nak carik matching. Kalau ikut selera kampung, mau kami tepek kaler ijau gak. Tapi dirisaukan takut tak dapat beza nampak pengantin dan tirai kami letak la kaler champagne. Alhamdulillah. Berkat modal mak abah bagi sebagai permulaan  maka berkembanglah pelamin lain.. Alhamdulillah. Dah dekat 100++ kot. Rasanya la.. Tak penah officially kira. Kalau tak sampai 100 gambar dlm blog ni, maksudnya pelamin tu kami hide dari tatapan umum disebabkan tak de barang lagi. Mungkin kosinya dah rosak. Bunganya dah lunyai. Kalau ditepek nanti, ada customer nak, puas nak explain. Maklumla. Customer alwaysright! Rasa  tak ikhlas nak cakap cenggitu. Sebab customer nowaday selalu amek kesempatan dengan terma tu. Jadi mengada2 tak masuk akal kadang2. Ada me patut? Bajet RM150. Nak pelamin siap pasang? Agak2 ada bridal sanggup tak? Kita tak sanggup. Hehe

Ok..panjang lebar sejarah kami. Saja nak coret2. Nak jadi novelis, bahasa kami guna ni bahasa rojak. Memang punah bahasa novel nanti. Lagipun kami bukan such a romantic person. Dengan laki sendiri pun panggil nama ko aku je. Kadang2 je awak saya.. Pastu nk create berangan novel Suamiku Encik Teddy Bear.. Memang kena tibai ngan mak la sebab derhaka ngan menantu dia... Hehe

Insyaallah. Ada masa kita citer lagi. Sebab kami belum ada kedai ialah sebab belum mampu nak bayar extra bil api, air, yuran papan tanda, dekorasi kedai, bibik cuci lantai, receptionist jawab phone, kerani akaun buat debit credit, pak guard jaga kedai dll jawatan. 
Lagipun kami sudi berkhidmat utk pengantin yang tak banyak songeh. Simple. Bukan plastik, bukan poyo...bukan over acting, jujur, amanah, sempoi, senang diajak berunding, sanggup tunggu balasan whatapps yang mungkin amek masa nk reply,  sabar, citarasa sederhana, bukan berniat nak menunjuk gah pelamin yang ditempah, yang tak perlu nak kena hupdate 24-7 tentang pelamin dia, yang tak kisah kami datang pasang awal, tak kisah kami datang pasang malam je, yang tak kisah kami datang pasang sehari sebelum majlis, yang tak menyombong, tak berlagak dengan harta mak bapak dia, tak gila, tak biol dan seumpamanya..

Fuh... Banyak lak syaratnya.. Hehe... Sebenarnya semua ciri di atas, kami dah lalui pengalamannya. Cuma tang gila biol tu tak jumpa lagi.

Ok... Bye. Jumpa lagi. Kalau sudi visit instagram kami. 
 http://instagram.com/

fb pun ade...
 https://www.facebook.com/pelaminbajetmini

Pelamin Mini Bajet Shah Alam.
Bukan sekadar pelamin. It's our life! Our journey! Our dream! Luv uolls.. Muah xxx

Friday, February 6, 2015

Pelamin Tunang Cik Syida

Pertama kali masuk dalam kawasan Bandar Bukit Raja. First time buat pelamin seminggu awal. Sebab kononya kami nak pegi vacation. Kononya la, tapi tak konfem lagi tiket MAS dapat ke tak.. hihi.. hari2 flight penuh pun boleh rugi lagi ke... pelik kan?

Jom layan gambar. Sebenarnya design ni lama tak de permintaan. Last sekali kami buat pada Jun 2014... Enjoice!

Pelamin Tunang Pengantin Kecil Molek: Kathy

Salam sejahtera,
Maaf sebab lambat update blog ni. Sebenarnya ni pelamin last week. Hujung Januari 2015. Dapat tempahan dari pengantin kecil molek, Kathy namanya. Serius, satu family peramah. Cik Kathy buat majlis kat rumah kakak sulung dia. Memang sporting sangat. Kebetulan masa kami sampai, hujan lebat sangat. Rasanya dekat satu jam kami duduk dalam van. Tunggu hujan berhenti. Alhamdulillah, bila hujan berhenti, macam lipas kudung kami pasang pelamin. Tadaaaa... ni hasilnya.... hehe... pelamin simpuh paling simple warna ala coral... first time kita kenal kaler ni... ingtkan coral tu biru... heheh pelajaran baru...

jom layan gambau...

Friday, January 23, 2015

Pelamin Tunang : Family yang amat baik dan peramah

Alhamdulillah. Selesai satu pelamin tunang kat Seksyen 7, Shah Alam. Mula2 takut gak nk serve sebab Kak Iti ni, anaknya tunggal. Berdebar sebenarnya. Sebab, secara logiknya mesti Kak Iti nak yang perfect 10 for her daughter.. Hehe.. Syukur, rupanya kak Iti dan anaknya tak byk karenah pun. Rezeki Cik Pengantin, kami served segala lampu dalam simpanan. Ha.. Terang benderang pelaminnya. Nenek pengantin pun sempoi. Ramah sangat. Best sangat pasang pelamin minggu ni. Tak stress langsung. 
Ok, jom tengok gambar. Disebabkan leka berbual, kita lupa nk snap pic guna henpon kita. Heheh.. Ni pun ihsan photo kakak kita. Tq kakak... Kita lupa la nak snap gambar tadi. Leka makan rempeyek tadi.. Kikikih



Ada dua je.. Heheh... Selamat menjamu mata.. Mata kami dah rabak ni. Siang tadi berzumba... Mlm berzumbi pasang pelamin... Dah pkl 2.35am... Nak Zzzzzzz... Gudnite! 


Friday, January 16, 2015

Pelamin Misiku Datin: Shaftbury Resident

Haiii... Terkejut pun tak hilang lagi ni.. Heheh.. Bukan apa, kami tak sangka la terserve Mrs Misi Datin.. Dah deal dalam whatsapps semata, tak buat site visit, tak berkenalan pun, alih2 kami datang sehari sebelum majlis, baru sampai kami diberitahu ni majlis Dato dan Datin muda. Terkulat2 kami berdebar. Tapi layanan mereka satu family mesra. Memang sangat low profile. Kalah pengantin sombong pernah kami serve dulu. Heheh 

Apapun jom layan gambar. Kami buat drape, lampu, pentas, karpet dan bungaan je. Kerusi tu diimport dari rumah dato tu, so kali ni design agak lain skit la. Kalau ada yg minat, kita kena diskas betul2...




Purple silver uolls... 

Friday, January 2, 2015

Pelamin adik ipar Ella: Aisyah

Salam sejahtera, 
Pelamin pertama tahun 2015, di Jalan Kebun, Klang. Cikgu Aisyah namanya. Orangnya ceria dan cute. Tema asal pink dan biru. Kami adjust pelamin warna pastel. Cuma bunga je pelbagai warna. Harap2 dress putih dan kot hitam menyerlahkan ketampanan dan kejelitaan pengantin. Kami tak sangka rupanya Cikgu Aisyah ni adik ipar penyanyi Ella.. Hehe.. Harap2 Ella ada la bergambar kat pelamin kita.. Doakan je la.. Heheh
Jom layan gambar.. 



Minat? Wasap je kita. 0146633466 Jumpa lagi.  Tq Aisyah..