Pages

Friday, May 30, 2014

Pelamin Sanding: Bak Putih Salju, Laut Membiru (Putih+Biru+krim)

Salam sejahtera. Pelamin ini merupakan pelamin penutup bulan Mei 2014. Sebenarnya kami dapat job asal di sebuah kelab terkemuka di Shah Alam. Dah berangan nak deco pelamin kat dewan yang gah ni. Mungkin Tuhan bagi warning, tak baik nak meriak bagai, so, Allah dah selamatkan niat hati kami. Alhamdulillah, walaupun kena cancel last minute. Sedih jugak. Tapi takpe, bila mengenangkan 'anak tangga cantik' yang meninggi dan menjunam turun naik, tanpa lif, heheh. Ada hikmahnya. Kalau tak kami tamai2 mc ari Isnin sebab sakit pinggang turun naik tangga cantik tu. Syukur..
Ok, kali ni kami serve pelanggan yang terainaya jugak. Memang senasib. Heheh.. Walaupun situasi tak sama, mungkin dinamakan jodoh. Rupanya si pengantin perempuan ex-sekerja walaupun tak sama department. Kiranya bertemu jejak kasih... 

Ok, jom layan gambar. Pengantin super sempoi. Tak nak sarat barat. Pelamin sanding ringkas tanpa banyak bunga. Ini permintaan pengantin dan they are willing to pay with same price. Hakak tak sampai hati, so akak bercadang nk bagi dia rasmikan pentas archylic transparent. Baru rasanya berbaloi ngan dia bayar. Kelakar bila pengantin pomppuan takut2 nak pijak. Jangan risau, insyaallah selamat. Pengantin cuma duduk sopan je kan? Kalau dibuat pentas joget mungkinla boleh roboh.. Harap3 dijauhkan kisah pengantin jatuh sebab pelamin roboh. Huhu

Ni gambarnya. Fresh from oven. 
Minat ? Cuma whatsapps nombor ni. 017-3016290 untuk pertanyaan. Yang kawen lambat lagi pun boleh tempah sebab slot kami very fast selling. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah. 
Ok. Jumpa lagik. Next week ada 3 job. Nanti kami update pelamin2 ni ye. Tq.
 







No comments:

Post a Comment