Salam sejahtera. Sebelum catatan ini dikembangkan, kami ingin beritahu, bahawa, kami sekadar pemasang pelamin sahaja. Belum mencapai tahap bridal lagi. Kami masih beroperasi sepenuhnya dari rumah. Belum ada butik lagi. Bukan tak de keinginan. Tapi bila ditambah tolak cerita pasal bajet, kami rasa kurang perlu kalau sekadar ada butik, tapi konsep sebenar kami dah lari dari tujuan asal. Kami sekadar nak membantu para pengantin dapatkan pelamin yang ringkas dengan harga logik akal. Kalau menyewa kedai atau premis, terpaksa ditambah dalam harga pelamin. Maka, harganya menjadi berbeza. Bukan sekadar sewa, kos pekerja, kos utiliti akan meningkat? Belum kira GST lagi ke atas barangan asas seperti petrol sebagainya. Bagi golongan atas, tak terasa beban. Tapi kalau sekadar golongan macam saya, memang besar bezanya. Harap faham.
Baru-baru ini ada juga bridal yang ada nama ingin bekerjasama dengan kami. Bukan tak suka, tapi niat sebenar kami disalahanggap. Dikata tak pandai merebut peluang. Dikata tidak berdaya saing. Dikata baru setahun jagung agak meninggi diri. Memang kami tidak menerima job2 "atas angin". Sebab? Fokus kami nak beri kadar "TERBAJET" direct pada pengantin. Kami nak jadikan para pelanggan terus macam kawan sampai bila2. Kalau nak berkawan kena kenal secara direct. Kalau guna orang tengah, macamana kami nak offer best price? Macamana nak bagi harga member2?
Satu lagi, kami berat hati nk collabrate dengan golongan yang just nak ambil untung "atas angin" sebab kami sekadar pemasang pelamin part time sahaja. Kami bukanlah sepenuh masa kerana kerjaya hakiki kami menuntut 9 jam sehari, 5 hari seminggu, tanpa kompromi. Kalau pelanggan yang kami deal tanpa orang tengah, pasti memahami kerana kami telah beritahu awal semenjak booking confirmation. Lagipun booking confirmation kami hanya RM30/event. Setakat ini pelanggan kami baik2 belaka. Amat memahami kedudukan kami. Alhamdulillah.
Ok. Kami menulis bukan sebab nama. Sekadar mahu memberitahu apa yang mampu kami lakukan. Luar kemampuan kami, awal2 kami mohon ampun dan maaf.
Sekadar luahan rasa
PMBSA Team
23.09.14
No comments:
Post a Comment