Pengajaran utk hari ni: Ada lebih dari 1 pengajaran. Pembaca mohon jangan sentap. Statement ni bukan menunjukkan kami putus asa atau sakit hati. Cuma nak bgtau, kami ni manusia biasa. Manusia ada perasaan... Kalau kami mampu buat kami buat. Kalau tak brape mampu pun kami cuba buat. Tapi bila segala usaha dicurahkan untuk memampukan apa yg kami kurang mampu, ada jugak yang cuba test try kesabaran kami. Tapi kami pun tau, rezeki dari Allah, bukan manusia yang tentukan. Kenapa kami amik deposit konfem date RM30 je? Sebab kami nak bantu adik2 pengantin ni mengumpul duit utk settlekan deposit tempahan lain jugak. Catering, baju, khemah semua nak pakai duit. Tapi pelamin pun nak deposit jugak. Sebab kami nak blok tarikh. Tapi barang kami dah ada. Tak nak beli2 yang baru setiap majlis. Sebab tu kami amek RM30 je. Ni utk menjawab pertanyaan yg gusar takut kami TIPU Rm30 tu.. kalau nak tipu baik kami buat Piramid scheme tu.. lagi kaya raya. Setakat RM30 menipu tak berkat duitnye. Kalaulah kami ni bakal penipu kenapa la cari kami yang bajet ni. Cari la bridal yang gah ada nama. Dah ada kedai. Dah ada job dari Perlis sampai Sabah? Kenapa carik kami yang dah nama pun Bajet. Tak de kedai. Tak de pekerja ramai. Website pun tak de. Harapkan whatsapps line wifi kedai mamak je nk contact customer. Hurm... ye la... sape nak percaya kan? Huhu... sedih.
Lagi satu, bakal pengantin jangan la tak konfemkan date ye. Memang la sekarang ni slot amat terhad. Ada jugak disebabkan RM30 tu orang simply nak bankin. Siap mintak quotation bagai. Pastu simply nak tukar2 date. Macam date calender tu keturunan dia lak yang tentukan bulan matahari. Macam dia sorang je nak kawin tarikh tu. Aduh. Sentap akak tau. Pastu suka2 cancel. Pastu simply nk duit RM30 balik. Padahal dia yang buat hal. Aduh. Sentap lagi.
Tapi tak pe. Admin lagi senang berurusan dengan pengantin yang bak kata pepatah... Rumah kecil tiang seribu.... Rumah besar tak tau tiang kat mana? hehe...
Rezeki ditentukan ilahi. Tak perlu nak sentap lelama. Dunia kecik je. Silap2 nanti jumpa semula. Mana tau masa beli nasi lemak ke.. beli taufu fah ke.. apam balik ke... Isk ape merepek ni. Nampak sangat akak kelaparan sekarang.. heheh
Anyway hakak nk bgtau. Banyak hakak belajar ari ni. 1 Muharam... Banyakkk... sangatttt.... Tq Allah sebab bagi ujian seawal ini... Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment