Pages

Saturday, August 2, 2014

Pelamin Tunang Syawal: Design Ekslusif

Salam Syawal. Dah sebulan kami bercuti. Lentuk liuk nak mencari tune menggubah bunga dan deco2 pelamin. Maklumlah. Sebulan Ramadhan mengentel kuih raya, so kena retimiming semula mood pelamin. Heheh. No worries. Semuanya beres dah. 

Ok, pelamin pertama Syawal ni, mujur pengantin dekat je. Kalau jauh2, hakak tak pegi kot. Maklumle, musim2 raya ni konfem jalanraya pun jem.. Apatah lagi siang malam hiway banyak kereta. Mau berjam2 kami dalam allepart...heheh

Jom layan gambar. Alhamdulillah. Pengantin happy. (Baru kami tau, pengantin ni adik kepada novelis, tapi tak ingat nama- ala.. Yg tulis novel Aku Bukan Mistress) sori, tak ingat sangat nama dia sebut...




Minat? Calling2 la kami. Meh check date dulu. Harga? Konfem munasabah. Kami tak semental certain bridal charge luar kemampuan atau harga yang membebankan. Insyaallah masih affordabble. Tapi tak de la murah gilerzzz sampai bawah logik akal... Tengok pada bajet pengantin gak.. Kalau bajet 500, dapatla pelamin harga 500. Bukannye bajet bawah 500 tapi nak pelamin macam RM35,000... Hahaha... Mental... Kekekekek... Harap jangan sentap ek? Hakak memperkatakan realiti... Heheh

Ok, ni no hakak... 017-3016290
Nak wassap/sms/call pun boleh. Kalau tepon siang2, 9-5pm, hakak tak pickup, maknanya, hakak tengah mengajar.. Hakak ni chekgu yang berbisnes. Heheh.. Insyaallah hakak call semula.. 

Bye.. 





Thursday, June 19, 2014

Pelamin Mini Tunang: Pastel

Salam sejahtera. Ni pelamin tunang fresh dari oven.. Panas lagik...



Pengantin ni sukakan yg sweet dan simple. Drape tu pilihan pengantin sendiri. Kami realisasi impian mereka. Alhamdulillah, dia suka. 

Ok, team PMBSA bercuti sepanjang Ramadhan. Jumpa lagi lepas raya. 

Tq

**minat dengan pelamin ni? PM kami 0173016290






Antara feedback pelanggan PMBSA

Salam,
Biar tulisan menggambarkan servis kami. Kami cuba yang terbaik utk sama2 meraikan hari bahagia mereka. Kami bukan bridal bertaraf 5 bintang, tetapi kami berusaha ke arah itu. 













Tq dik. Semoga perkahwinan kalian diberkati hingga ke jannah. 

:)




Monday, June 9, 2014

Pelamin Sanding Dewan: Dewan Utama Masjid Tengku Ampuan Jamaah, Bukit Jelutong Shah Alam

Salam sejahtera. 
Kali ni peluh hakak terlebih dari biasa. Maklumla, ini job pertama dalam dewan masjid. Attire kena full menutup aurat. Tudung biasa dilabuhkan dari biasa. Tapi dah memang wajib menutup aurat penuh. Cuma sebelum ni hakak terleka skit.. Alhamdulilah, hakak masih memperbaiki diri.. 

Pengantin ni sempoi. Serahkan segalanya padan kami. Cik Azira ni cuma bagitau warna baju dia je. Dia suka ringkas. Yang lain, pandai2 la kami setting. Alhamdulillah. 

Jom layan gambar. Kali ni full set siap gerbang, red carpet, pelamin 15 kaki. Hakak terpaksa import staf sorang lagik. Kira kami buat berempat... Hehe






Minat? PM la kami. Harga pelamin siap semua ni tak de la sampai 5 angka.. Kami caj mengikut bajet yang reasonable dengan usaha kami.. 

Jom follow n Like page Pelamin Mini -Bajet Shah Alam

Pm/wassap 0173016290





Friday, June 6, 2014

Pelamin Menyambut Menantu

Salam sejahtera, 
Kali ni kami dapat job dekat je. Alhamdulillah. Puan Rohana ni memang sporting sangat. Tak kisah pelamin macamana, janji menantu dia suka. Untung Cik Ema, bermentuakan Puan Rohana. I loike! Hehe
Pelamin ni sebenarnya ilham menantunya. Cuma warna je yg Puan Rohana tentukan. Pink. Bunga dark pink. Ala2 maroon.. Heheh.. Jomm layan gambar fresh dari oven nih..






Ha.. Tangga pun kami deco. Simple je. Sesuai la ngan konsep kami- ala2 bajet gitew.. Sebenarnya scallop nibpun bewarna pink, tapi dah kena downlight, tetiba jadi kaler peach. 

Ok. Kami nak rest jap. Esok ada 2 lagi pelamin. Tunggu.... 

Minat? Pm/wassap kami. 0173016290. Slot amat terhad. Cepat2 booking ye. 
Tq



Pelamin Sanding: Mint Green & Peach

Salam sejahtera. Kali ni kami dapat pelamin selit2 last minutes. Nasib baik Cik Pengantin ni jenis tak kisah. Cik Eliza dari Ijok memilih tema asas Mint Green & Peach. Kami dari team PMBSA try nak lari dari kebiasaan. Kami tak memilih untuk buat tirai semua warna pic dan hijau. Takut si pengantin tenggelam dengan warna yang sama. Sebab pernah terjadi, kawan kami yang suka sangat dengan warna turqoise. Habis semua pelamin, baju, backdrop meja beradap, khemah warna turqoise. Abis tenggelam cik n encik pengantin. Heheh. Dalam gambar semua nampak biru je.. Tak tau mana scallop, mana pengantin. Puas nk diedit.. Hehe

Jom layan gambar ni. Kami beranikan diri menggubah bunga roses hijau dan daisy menjadi sekawan sepasu. Alhamdulillah. Cik pengantin suka. 




Yang istimewa, pelamin ni pakai pentas transparent. Siap ada bunga lagi.. Anda suka? Teringin? PM je kami. Ada rezeki, kita jumpa. Whatsapps lagi senang.

Esok kami ada pasang pelamin dewan. Check it out! Tqvm

-PMBSA Team-

Friday, May 30, 2014

Pelamin Sanding: Bak Putih Salju, Laut Membiru (Putih+Biru+krim)

Salam sejahtera. Pelamin ini merupakan pelamin penutup bulan Mei 2014. Sebenarnya kami dapat job asal di sebuah kelab terkemuka di Shah Alam. Dah berangan nak deco pelamin kat dewan yang gah ni. Mungkin Tuhan bagi warning, tak baik nak meriak bagai, so, Allah dah selamatkan niat hati kami. Alhamdulillah, walaupun kena cancel last minute. Sedih jugak. Tapi takpe, bila mengenangkan 'anak tangga cantik' yang meninggi dan menjunam turun naik, tanpa lif, heheh. Ada hikmahnya. Kalau tak kami tamai2 mc ari Isnin sebab sakit pinggang turun naik tangga cantik tu. Syukur..
Ok, kali ni kami serve pelanggan yang terainaya jugak. Memang senasib. Heheh.. Walaupun situasi tak sama, mungkin dinamakan jodoh. Rupanya si pengantin perempuan ex-sekerja walaupun tak sama department. Kiranya bertemu jejak kasih... 

Ok, jom layan gambar. Pengantin super sempoi. Tak nak sarat barat. Pelamin sanding ringkas tanpa banyak bunga. Ini permintaan pengantin dan they are willing to pay with same price. Hakak tak sampai hati, so akak bercadang nk bagi dia rasmikan pentas archylic transparent. Baru rasanya berbaloi ngan dia bayar. Kelakar bila pengantin pomppuan takut2 nak pijak. Jangan risau, insyaallah selamat. Pengantin cuma duduk sopan je kan? Kalau dibuat pentas joget mungkinla boleh roboh.. Harap3 dijauhkan kisah pengantin jatuh sebab pelamin roboh. Huhu

Ni gambarnya. Fresh from oven. 
Minat ? Cuma whatsapps nombor ni. 017-3016290 untuk pertanyaan. Yang kawen lambat lagi pun boleh tempah sebab slot kami very fast selling. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah. 
Ok. Jumpa lagik. Next week ada 3 job. Nanti kami update pelamin2 ni ye. Tq.