Pages

Friday, November 28, 2014

Pelamin Last Minute: Cik Janatul

Salam sejahtera. Kali ni kita cerita pasal pengantin very last minutes.. Sebenarnya admin tak nak pickup any event minggu ni. Bukan ape, macam macam hal jadi. Kereta baru lepas eksiden. Ada pengantin poyo sebelum ni beria nak pelamin berquotation bagai, pastu sesuka hati nak cancel siap minta deposit secoet tu, padahal kami dah prepare beli barang, dengan opis admin sibuk nak berpindah randah macam nomad, admin jadi general worker nak angkat barang opis, dinner dan macam-macam cerita. Tapi kalau dah Allah kata, kalau kita terainaya, Allah balas dengan cerita lebih manis. Rezeki datang bergolek. Tiba-tiba pagi Khamis Cik Liza call. Katanya nak pelamin. Siap pelamin paling mahal dalam range PMBSA. Alhamdulillah. Pelanggan ni kakak ipar pada pengantin. Very simple urusannya. Admin cerita harga. Cerita decoration. Cerita cara bayar. Dah.. Ciap. Terus buat payment. Tak banyak songeh. Khamis, hari yang sama, kami pun pasang. Alhamdulillah. Senang je berurusan dengan family Cik Janatul. Jom tengok hasilnya. Admin rasa ni pelamin paling admin suka sepanjang buat pelamin. Rasa jatuh cinta sekali lagi. Heheh
jom layan gambar. tq cik Liza.

Monday, November 24, 2014

Pelamin Putih Peach

Salam sejahtera,
Lepas pasang buaian endoi, kami bergegas pasang pelamin sanding di Flat Sri Sabah KL. Hehe.. tapi bukan pasang kat rumah. Kami pasang di Dewan Umno. Kiranya kat bawah rumah pengantin la.. Kalau la kena pasang kat umah bertingkat, rasanya slim melim admin dan team.. Bukan ape, pelamin ni byk barang. Memang la kami tak amik job kalau pasang pelamin dalam umah tingkat2 flat atau apartment. Kalau betul2 minat, kami ada caj susah payah- RM20/tingkat. Heheh... kami tak main2... Ini serius. Walaupun flat atau aparttment tu ada lif.. Kami terpaksa gak... heheh

Ok, nama pengantin ni Izzah. Jom layan photo. Keluarganya baik2 belaka. Puas dijamu air nescafe sedap.. ada kuih karipap pusing.. yummy... memang terangkat... huhu

Pelamin Endoi : Baby Mia

Salam sejahtera. Kali ni kami dapat buat buaian endoi Baby Mia di Flat Sri Selangor. Memang agak mencabar tugasan kali ni. Bukan apa, cabaran nak dapatkan parking dan terpaksa naik ke tingkat 11 dengan barang buaian besi padu.. huishh memang tercabar. Tapi lepas tengok muka baby Mia, terasa lepas lelah. Sejuk hati. Tema kali ni pink + purple. Jom layan gambar...

Tuesday, November 4, 2014

Pengantin Cantik Putih Melepak: Pelamin Tunang Fiza

Salam sejahtera. Hah.. baru ada masa nak update cerita pasang pelamin minggu ni. kali ni kami ke Kg Jalan Kebun Teluk Panglima Garang. Senang je nak cari rumah Cik Fyza ni. Tengok khemah pink, terus jumpa.
Masa pasang ni Cik Fyza ni keluar pegi beli barang dengan kawan dia. Oh, rupanya Cik Fyza ni berkawan baik dengan  anak murid admin kat kolej. Ermm.. kecik je dunia kan?.. Tapi disebabkan malam agak lewat, kami tak sempat sembang panjang. Apapun memang best dengan family ni. Meriah. Sepupu semua ada. Best dapat family besar ni.
Jom tengok gambar. Paling best, kami tak sangka effect Cik Fyza dalam photo memang lain. Fotogenik. Cantik. Lawa. Heheh. Padan dengan orang yang sopan santun dan berbudi bahasa. Calon menantu pilihan la. Tak macam anak2 dara yang admin pernah jumpa (certain bukan Bride2Be pun- sekadar bakal adik ipar pengaantin atau sepupu sepapat jer... tengah bercakap2 ngan admin yg sedang memasang pelamin, yg anak2 dara ni duduk kat atas sofa terkangkang bagai.. aduh... taula tu rumah anda, tapi suami admin ni lelaki... dia pun tak berkenan bila ada customer's family duduk tak senonoh. terkangkang sambil makan lolipop. adui.. ape jenis pompuan la ni... malu admin tengok... huhu (ini kisah benar yang admin dan team lalui- sedih bila tengok attitude anak2 dara sekarang) malu la wei... hehe
ok. yang pasti pengantin putih melepak ni amat bersopan. sampai suara pun admin dengar2 tak dengar je. hahah. jom tengok pelamin Cik Fyza ni...



pengantin bernama Fiza

Monday, November 3, 2014

Pelamin Menyambut Menantu: Aril (Sg Udang Klang)

Salam sejahtera,
Kali ni dapat pelamin menyambut menantu kat Klang. Design agak familiar Nak buat macamana, pengantin dah suka.. Kami buat je.. Heehheheh
Jom layan gambar.





Minat? Whatsapps kita. 014-6633466;). 



Saturday, October 25, 2014

TIPU? MENIPU? TERTIPU?

Pengajaran utk hari ni: Ada lebih dari 1 pengajaran.  Pembaca mohon jangan sentap. Statement ni bukan menunjukkan kami putus asa atau sakit hati. Cuma nak bgtau, kami ni manusia biasa. Manusia ada perasaan... Kalau kami mampu buat kami buat. Kalau tak brape mampu pun kami cuba buat. Tapi bila segala usaha dicurahkan untuk memampukan apa yg kami kurang mampu, ada jugak yang cuba test try kesabaran kami. Tapi kami pun tau, rezeki dari Allah, bukan manusia yang tentukan. Kenapa kami amik deposit konfem date RM30 je? Sebab kami nak bantu adik2 pengantin ni mengumpul duit utk settlekan deposit tempahan lain jugak. Catering, baju, khemah semua nak pakai duit. Tapi pelamin pun nak deposit jugak. Sebab kami nak blok tarikh. Tapi barang kami dah ada. Tak nak beli2 yang baru setiap majlis. Sebab tu kami amek RM30 je. Ni utk menjawab pertanyaan yg gusar takut kami TIPU Rm30 tu.. kalau nak tipu baik kami buat Piramid scheme tu.. lagi kaya raya. Setakat RM30 menipu tak berkat duitnye. Kalaulah kami ni bakal penipu kenapa la cari kami yang bajet ni. Cari la bridal yang gah ada nama. Dah ada kedai. Dah ada job dari Perlis  sampai Sabah? Kenapa carik kami yang dah nama pun Bajet. Tak de kedai. Tak de pekerja ramai. Website pun tak de. Harapkan whatsapps line wifi kedai mamak je nk contact customer. Hurm... ye la... sape nak percaya kan? Huhu... sedih.
Lagi satu, bakal pengantin jangan la tak konfemkan date ye. Memang la sekarang ni slot amat terhad. Ada jugak disebabkan RM30 tu orang simply nak bankin. Siap mintak quotation bagai. Pastu simply nak tukar2 date. Macam date calender tu keturunan dia lak yang tentukan bulan matahari. Macam dia sorang je nak kawin tarikh tu. Aduh. Sentap akak tau. Pastu suka2 cancel. Pastu simply nk duit RM30 balik. Padahal dia yang buat hal. Aduh. Sentap lagi.
Tapi tak pe. Admin lagi senang berurusan dengan pengantin yang bak kata pepatah... Rumah kecil tiang seribu.... Rumah besar tak tau tiang kat mana? hehe...
Rezeki ditentukan ilahi. Tak perlu nak sentap lelama. Dunia kecik je. Silap2 nanti jumpa semula. Mana tau masa beli nasi lemak ke.. beli taufu fah ke.. apam balik ke... Isk ape merepek ni. Nampak sangat akak kelaparan sekarang.. heheh

Anyway hakak nk bgtau. Banyak hakak belajar ari ni. 1 Muharam... Banyakkk... sangatttt.... Tq Allah sebab bagi ujian seawal ini... Alhamdulillah.

Pelamin Tunang Mira: Pink

Salam sejahtera. Kali ni kami dapat job kat Paya Jaras. Pengantin tunang ni namanya Mira. Selama kami pasang pelamin ini kali pertama kami jumpa bakal pengantin muda yang 100% (dari pengamatan kami) yang dah ready nak jadi isteri, ibu dan menantu yang baik. Mana taknya, masa kami pasang pelamin ada seorang kanak-kanak di dakapan Mira. Kami fikirkan ibunya ada di dalam rumah. Rupanya, ibu dan ayah Mira ada di Nilai, di rumah mereka yang lagi satu. Di rumah kat Paya Jaras Mira tinggal bersama kakaknya. Bila diamati, Mira ni tak kekok menjaga adiknya yang 4 orang. Semuanya lelaki. Sopan betul adiknya. Pandai Mira jaga adik. Admin teringat zaman admin jaga adik2 dulu.
Rumah Mira memang cantik. Pandai family ni tatarias rumah mereka. So, kami tak perlu hempas pulas cari angle yang sempurna. Cukup sekadar hiasan yang minimalis, jadilah pelamin macam photo di bawah. Mira jenis tak cerewet. Admin lega bila Mira happy.
Jom layan gambar.