Pages

Saturday, April 26, 2014

Pelamin: Bunga artificial Vs bunga segar?

Salam sejahtera,
B2B yang sedang berangan pasang impian, mungkin teringin nak pakai bunga fresh untuk hiasan pelamin mereka. Ok, ini pendapat peribadi kami yang mementingkan bajet. Tak setuju pun tak apa. Yang penting kami dah luahkan pendapat. Hehe

1. Tujuan asal pelamin adalah nak bergambar saja. So, tak perlu nak penuh dengan bunga yang sarat sebab akan tenggelamkan seri pengantin. 

2. Kalau bunga sarat sangat, mata penonton tertumpu pada bunga saja, bukan pada pengantin. Sentap pengantin. Bayar mahal2, tapi orang asyik fokus kat bunga pelamin saja.

3. Bunga segar mempunyai ketahanan yang kurang sesuai dengan cuaca di Malaysia, kecuali dibuat dalam dewan berhawa dingin atau di Cameron Highlands. Kalau buat kat khemah... Aduhai.. Memang tak sesuai. Hihi

4. Yang ni paling penting! Kos! Mestilah bunga segar ni lebih mahal dari artificial. Jangan salah faham pulak, walaupun cuma mini dais saja yang mungkin bunganya 4 pasu, kos mungkin dekat2 RM1k tau... Jadi, sila seluk poket atau check kat akaun, agak2 berbaloi tak menggabiskan bajet ke arah yang kurang berhemah. 

Jadi, tepuk dada tanya iman. Tujuan perkahwinan adalah untuk menghalalkan hubungan 2 insan. Panjang lagi ranjau yang perlu ditempuhi selepas menikah. Susu anak, pampers, yuran taska, bil rumah, makan minum, bil klinik, hospital. Kami di Pelamin Mini Bajet- Shah Alam sentiasa memikirkan kepesatan ekonomi negara tidak berapa seiring dengan pendapatan isirumah golongan sederhana. So, berjimatlah... ;)

Visit page fb kami
Pelamin Mini Bajet- Shah Alam

017-3016290 (Husdha)

No comments:

Post a Comment