Dilema? Nak pelamin macam artis? Tapi sebenarnya bajet ciput? Nahhh... Mula-mula fikirkan 'ukur baju kat badan sendiri'. Baru sesuai...
Kami mempunyai fasiliti yang limited kerana tujuan wujudnya Pelamin Mini Bajet-Shah Alam hanya ingin membantu pengantin berbelanja dengan berhemah dengan permintaan yang munasabah dengan bajet. Bukan untuk golongan yang mahukan fasiliti yang setanding dengan wedding planner kelas atasan yang mungkin menjangkau belasan ribu atau puluhan ribu RM. Harap bakal pelanggan dapat mempertimbangkan bajet anda terdahulu sebelum membuat keputusan.
Pendapat peribadi kami- pelamin hanya ditatap sebentar saja, paling maksimum mungkin 24-48 jam. Yang penting pelamin dan pengantin cantik di dalam foto, kerana gambarfoto adalah longlasting, menjadi kenangan sepanjang hayat.. Apalah makna kalau pelamin puluhan ribuan atau belasan ribu, sedangkan dalam foto, nampak sama dengan hasil pelamin yang cuma ratusan RM sahaja.
Kehidupan sebenar adalah selepas berumahtangga. Alangkah baik jika perbelanjaan itu digunakan untuk masa depan. Itu adalah pendapat peribadi berdasarkan pemerhatian pengalaman.
-Tetiba jadi ahli falsafah Pemikir bajet-
Visit page fb
Pelamin Mini Bajet-Shah Alam
No comments:
Post a Comment